Monday, August 30, 2010

'Self-righteous'

Semua orang hidup dalam masyarakat atau komuniti, kan. Melainkan orang tu tengah mendaki Gunung Everest seorang diri. Tapi tu lain cerita la. Lagipun balik nanti pun dia still akan balik kepada keluarga dia, kawan-kawan dan rakan sekerja. Jadi, semua orang tak terkecuali dari hidup bermasyarakat. Hurm.. apa kaitan dengan Gunung Everest pulak? Takde kaitan sebenarnya.. hehe... tajuk utama kita 'Self-righteous', bukan cara-cara mendaki Gunung Everest, ok?


Dalam sesuatu komuniti atau masyarakat ni, macam-macam perangai orang kita jumpa kan. Ada baik, ada nakal, ada garang, ada pendiam, ada kecoh, ada suka gelak, ada yang membawa diri sebab merajuk akibat kena buli. Itu la sifat manusia, kalau tak, mesti la boring. Ini la keseronokan hidup bermasyarakat. Dengan bermacam-macam perangai orang, kita belajar menilai diri sendiri. Dan bukanlah hanya pandai menilai orang lain, seperti kitalah yang paling sempurna. 

Fitrah manusia, kita memerlukan satu sama lain. Jadi, kita juga perlu  menghormati semua orang di sekeliling kita dan yang paling penting, kita menjaga hak setiap orang seperti mana kita menjaga hak kita sendiri. Apa maksudnya tu? Adakah bermaksud "barang dia barang aku, barang aku barang dia", ataupun "makanan dia, makanan aku jugak". Hurm ye ke macam tu. Setiap daripada kita bertanggungjawab menjaga hak orang lain, jika mahu hak kita terpelihara dengan baik. Berdasarkan pemerhatian secara general, kita boleh bahagikan isu 'penjagaan hak' ni kepada beberapa bahagian;

1. Menjaga perasaan satu sama lain
Jika kita mahu diterima dengan baik dalam sesebuah masyarakat, adalah sangat penting untuk kita menjaga perasaan orang lain. Tak kira la orang tu miskin atau kaya, cantik atau hodoh, pandai atau bodoh, semua orang berhak diberi layanan yang baik. Sebagai manusia, mungkin kita selalu terlepas pandang. Kadang-kadang, disebabkan seseorang tu mempunyai kurang kepentingan dalam hidup kita, orang tu dilayan dengan  kasar. Tapi bila nak mintak tolong, nada suara kita yang dulunya lantang pun dah jadi lembut. Muka kita yang ngeri dah jadi comel macam kucing. Nasib baik la orang tu jenis yang tak simpan dalam hati dengan apa yang kita dah buat kat dia dulu. Memang besar tanggungjawab menjaga perasaan ni sebenarnya, tambah lagi kalau kita ni jenis yang panas baran, lepas tu pulak tengah stress memikirkan macam-macam masalah. Masa tu la selalunya kita akan cakap "Suka hati aku la", "Lantak kau la, peduli ape aku". Ini la self-centered namanya. Perkataan macam tu memang jadi favourite sesetengah orang, tapi memberi kesan mendalam kepada orang yang mendengar, dan menjadikan orang tu semakin jauh dengan kita. Kalau berperangai macam ni, jangan la pelik kalau tetiba je orang sekeliling macam suka mengelak dari kita, dan kita rasa macam dipinggirkan. Sebenarnya benda tu punca dari diri kita sendiri.



2. Sensitiviti terhadap kepentingan orang lain
Kalau kita rasa diri kita penting, perasaan kita penting, barang kita penting, sama la dengan orang lain jugak. Setiap orang ada kepentingan masing-masing kan, sama ada berbentuk objek atau sesuatu yang tak boleh dilihat. Hurm susah jugak ek nak cakap pasal benda ni. Heheh. Pening pulak aku fikir.

Macam ni la contohnya :

Rozie dah lama teringin nak beli roti butterscotch. Tapi, duit scholar dia bulan ni dah nak habis. Kalau beli roti butterscotch tu, dia terpaksa la skip lunch, maknanya dia dah gunakan duit lunch untuk beli roti tu.  Disebabkan keinginan yang tinggi, Rozie pun beli jugak roti tu dan pulang ke bilik. Semua orang nampak dia beli roti butterscotch. Lepas tu, Rozie makan roti tu sekeping je, sebab roti tu mahal, tak boleh makan banyak-banyak supaya boleh simpan lama sikit.  Suzie, kawan Rozie pun suka roti butterscotch jugak, tapi tak pernah beli roti tu sebab harga yang mahal. Katanya nak simpan duit untuk masa depan. Tak lama kemudian, roti butterscotch Rozie akhirnya di'pau' oleh Suzie sampai habis. Padahal, Suzie still ada banyak simpanan dalam bank, dan boleh beli selori lagi roti butterscotch. Tapi Suzie menggunakan peluang ni untuk baham roti Rozie, sebab  dia kata "Rezeki jangan ditolak". Hurm sadis kan cerita Rozie. Sebenarnya, biasa la kan, kita share makanan dengan kawan-kawan kita. Tapi untuk kisah Rozie ni, walaupun hanya roti butterscotch, adalah sesuatu yang penting untuk dia masa tu dengan keadaan kewangan yang dia hadapi dan jugak keinginan dia yang besar untuk makan roti tu. Suzie suka bila duit dia ada banyak dalam bank, tapi dia tak sensitif tentang isu kewangan orang lain.


3. Over-Self Protective
Aku tak sure perkataan ni ada dalam dictionary ke tak, tapi maksud aku dengan 'over-self protective' ni, bila seseorang tu terlalu mempertahankan diri dia apabila ditegur oleh orang lain. Setiap orang ada hak untuk menegur, bila ada sesuatu perkara yang dia tak puas hati. Tapi sikap over-self protective akan menyebabkan orang tu berdiam diri, dan terpaksa bersabar dengan sikap orang yang tak disenangi. Dan lebih teruk, mungkin juga mendorong orang tu untuk bercerita kepada orang lain atau istilah lain, 'mengumpat' yang dilarang keras dalam Islam.

Berbalik pada kisah Rozie dan Suzie;

Rozie dah tak tahan dengan sikap Suzie. Tapi Suzie ni jenis yang tak menerima pendapat orang lain. Apa je yang dia buat, dia rasakan betul. Mungkin bagi dia, takde sape yang layak menegur dia, tambahan lagi Rozie yang low standard tu. Rozie pun hanya mampu bercerita tentang kisah tak puas hatinya kepada Bedah. Secara tak langsung, Bedah pun tak pasal-pasal dapat share free-free je.

Bila ada yang tak berpuas hati dengan tindakan kita, mungkin orang takkan cakap, sebab dia nak jaga perasaan kita atau taknak kita melenting yang boleh menimbulkan pergaduhan. Tapi sebenarnya kalau ada orang yang masih mahu menegur kesalahan kita, itu bermaksud masih ada petunjuk atau hidayah daripada Allah. Tak guna kita jadi over-self protective. Jadi hargailah orang lain dengan menerima pandangan dan mengambil berat perasaan orang di sekeliling. Kita perlu memahami orang lain kalau kita nak orang tu memahami kita. Barulah boleh hidup dengan gembira. Heheh.

Ok la, cukup la tiga part ni je kot, untuk memberi kesedaran kepada kita yang kadang-kadang tak sensitif dengan isu macam ni. Sempena raya yang dah nak dekat, saya menyusun sepuluh jari memintak maap kalau pernah melakukan kesilapan, pernah terkasar bahasa ataupun menyusahkan sesiapa. Let's have a harmonious and peaceful community. (^^)

*Cerita ni imaginasi aku je. Kalau terasa nasib la. Sila jadikan pengajaran. Hehe.



Friday, August 27, 2010

Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian...

Pepatah melayu lama ini sering ditanam di jiwa pelajar-pelajar sekolah. Ini agar pelajar tersebut belajar bersungguh-sungguh dan akan mendapat hasilnya ketika besar kelak.
.
Tetapi sayang, ada yang menghayatinya hanya sehingga dia tamat belajar dan mendapat pekerjaan yang bagus sesuai dengan kelulusan yang dia ada. Maka selepas itu hidupnya hanyalah ditumpukan kepada hendak bersenang-senang kerana kononnya zaman dia bersakit-sakit sudah habis.
.
Kita lupa bahawa kita sebagai hamba Allah di dunia ini tidak boleh bersenang-senang dan bermewah-mewah sangat melainkan sekadar untuk memenuhi keperluan. Biasanya, apabila banyak bersenang-senang terutamanya bersenang-senang dengan maksiat, maka akan banyaklah susah di kemudian hari nanti.
.
Kerana itulah Nabi Muhammad S.a.w menggalakkan agar kita banyak menangis dan kurangkan ketawa. Bukannya tidak boleh ketawa langsung, tetapi berpada-pada lah.
.
Rasulullah S.a.w melihat Jibril menangis dan Rasulullah S.a.w turut menangis dan berkata: “Kenapa engkau sampai menangis juga wahai Jibril sedangkan kedudukanmu begitu rupa di sisi Allah?” berkata Jibril; “Kenapa aku tidak menangis, kerana siapa tahu keadaanku dalam ilmu Allah tidak seperti yang aku ketahui, dan saya tidak tahu apakah saya tidak mengalami cubaan sebagaimana yang dihadapi oleh Iblis, sedangkan Iblis itu termasuk golongan yang dahulunya beribadat tetapi menyeleweng, dan aku tidak tahu apakah aku akan mengalami sama seperti Harut dan Marut”. Maka menangislah Jibril dan menangislah Rasulullah S.a.w. Lama keduanya menangis, lalu kedengaran suara dari langit; “Hai jibril! Hai Muhammad! Sesungguhnya Allah ‘Azza Wajalla telah menjamin engkau berdua tidak sampai derhaka”. Lalu Jibril naik ke atas dan Rasulullah S.a.w meneruskan perjalanan beliau sehingga bertemu orang-orang Ansar sedang bermain-main dan ketawa-ketawa. Lalu baginda berkata: “Apakah kamu ketawa-ketawa, sedang di belakangmu Neraka Jahannam? Sekiranya kamu tahu apa yang aku tahu, sungguh kamu akan ketawa sedikit dan banyak menangis, kamu tak akan makan dan minum, malah akan menuju ke tempat-tempat yang tinggi untuk memohon perlindungan Allah”.
.
Bayangkanlah, Nabi Muhammad S.a.w walaupun telah dijamin oleh Allah S.w.t masuk syurga dan tidak akan masuk neraka pun tidak pernah ketawa sejak mengetahui keadaan neraka. Ini kan pula kita yang masih tidak tahu apa kesudahannya nanti.
.
Maka dunia ini sebenarnya bukan tempat untuk bersenang lenang dan bermewah-mewah sangat, ianya hanyalah tempat persinggahan sementara untuk menguji manusia siapa yang lebih baik amalnya. “Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui.” Surah Al Ankabuut : Ayat 64
.
Pepatah “Bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian” itu sesuai kepada kita semua di dunia ini sebagai hamba Allah, bersenang-senang kemudian iaitu di Hari Akhirat.
Yang menjadi masalahnya ialah Sistem British / Illuminati dulu telah mengatur corak sistem pembelajaran kita. Yang berkelulusan tinggi bergaji besar. Sedangkan kita lupa, sebuah bangunan itu bukan sahaja dibina oleh kontraktor, tetapi dibina oleh pelbagai lapisan manusia dengan kepakaran masing-masing.
.
Dari kuli hingga ke pengarah projek, semuanya berganding bahu. Maka apa relevannya dibeza-bezakan gaji dengan begitu jauh sekali, sedangkan semuanya bersusah payah dengan kaedah masing-masing? Sepatutnya hanya diberi pembahagian kerja dengan yang berkelulusan tinggi menjaga yang berkelulusan rendah, tetapi tidak semestinya yang berkelulusan tinggi itu patut diberi gaji yang jauh lebih banyak dari yang berkelulusan rendah.
.
Sistem yang diajar oleh British itu lah yang telah menyebabkan berlakunya perbezaan taraf ekonomi manusia. Yang kaya semakin kaya dan mewah, yang miskin semakin terdesak dan hidup susah. Sistem hidup manusia pun sudah tidak seimbang / balance lagi, maka ini boleh menimbulkan berlakunya pelbagai jenayah seperti rompakan, ragut, mencuri , pecah rumah dan sebagainya.
.
Kerana itu lah kebanyakan kita sudah lupa sejarah, lupa apa yang British lakukan pada kita semua dengan konsep ‘Divide and Rule’ mereka. Maka kita lahir hari ini dengan keadaan sebegini dan sudah menjadi biasa tanpa kita merasakan ada sesuatu yang tidak betul berlaku dalam masyarakat kita. Jika kita hanya pentingkan diri sendiri dan sudah hidup selesa sekarang, maka kita mungkin tidak akan dapat melihat dan menghayatinya.
.
British mengajar kita dalam tidak sedar, setelah kita mendapat kelulusan tinggi dan mendapat pekerjaan yang bergaji besar, kita merasakan bahawa segala harta yang kita cari itu adalah milik kita. Kita mula memandang rendah mereka-mereka yang berpendapatan rendah dan menganggap kononnya itu kerana mereka dulunya malas belajar dan seumpamanya.
Maka semakin tinggilah jurang perbezaan pemikiran dan ekonomi manusia. Status dan darjat mula terhasil tanpa disedari. Kita semakin lupa bahawa harta pencarian kita itu adalah rezeki dari Allah bukan semata-mata agar kita dapat bersenang-lenang, tetapi di dalamnya ada tanggungjawab-tanggungjawab besar yang harus dipikul. Di dalam harta kita masih ada harta orang lain sebenarnya yang bermandi peluh bekerja untuk kita atau menjalankan projek kita.
.
Adakah kita merasa senang jika kita mempunyai banyak harta tetapi di sekeliling kita masih ramai mereka-mereka yang miskin dan kesempitan hidup? Atau adakah kita merasa senang hati jika kita sama-sama berkorban untuk menyenangkan orang-orang yang susah agar sama-sama senang seperti kita? Apa yang si kaya fikir agaknya ya, sama-sama kita renungkan dan muhasabah diri sebelum kita disoal kemudian hari nanti.  


{ an article from : Ahmad Nizam }

Thursday, August 26, 2010

My Children

Salah satu benda yang paling aku hargai dalam hidup ni merupakan... anak-anakku yang ramai. Eh, aku tak beranak tapi kakak-kakak ngan kakak-kakak ipar aku yang bersalinkan diorang. Hehehe... Kanak-kanak memang la penyeri hidup. Setakat ni, aku dah ade 11 orang anak buah, complete untuk team bola sepak, boleh buat football club "Warisan Tok Halim". Yang paling best, perangai anak-anak aku nih semuanya sengal, macam mak bapak diorang jugak. Maksu die (aku) je yang behave sopan santun. Tapi yang sedih sikit, ade certain je yang dapat jumpa kerap, ade certain pulak dok jauh.. so jarang boleh jumpa. Tapi maksu tetap sayang kamu semua!

These are random picks of their pictures. Macam-macam perangai diorang ni.


Nabihah & Ekram : Mamat ni nanges sebab kene cium. Bagus la tu nanti takde la jadik casanova  


Wawa : Makin besar makin cun. And very matured at the age of ten
Faris & Ainun : Dah lama tak jumpe. They are verrryy talkative!
Altaff, Uqhail & Wawa : Perut abang menjadi favourite adik
Altaff, Uqhail & Wawa : Pegang perut abang lagi
Nabihah : Akibat dah selalu kena buli, dia buli diri sendiri
Uqhail & Altaff : Angan-angan menjadi superheroes
Nabihah & Ekram : Mengingatkan aku kat Lee Hyori dan Kim Jongkook. Huhu~
Altaff : Helmet terbalik.
Nabihah : Helmet terbalik version 2
Uqhail : Erm... nak tulis ape ek..
Ainun & Arina : This is a long time ago. Miss them!
Puteri : Her very first birthday! Sooo cute
Amina : Selalu je kene buli ngan kakak, tapi tetap sabar. Macam Nur Kasih la lebih kurang
Altaff : He is girl-look-alike, tambah lagi bile pakaikan tudung.
Nabihah : Guy-look-alike even bila pakaikan tudung

Haih..dah dekat nak raya ni (lagi 2 minggu je??) bertambah pulak rindu kat anak-anak yang kusayangi ni. Sedih sangat sebab diorang semua maybe tak beraya kat rumah aku masa raya pertama nanti, masing-masing kat rumah atok lagi satu. Tinggal la aku dan abang aku yang still single tu~ Sob3. Bila adik beradik semua dah besar, dah kawen, susahnye nak kumpul, even time raya. Ini la die nasib anak bongsu. Sob3 lagi sekali. Ek eleh tak macho nye.

Wednesday, August 25, 2010

Selagi Bukan Esok

"Bukannye esok pun kene hantar assignment tu kan? Takpe relaks la dulu", kate Siti pada kawannye Noni yang tengah sibuk menyiapkan assignment. 

"Lambat lagi test, nanti sehari sebelum pun sempat study. Masuk Chapter 1 je pun", kate Abu kepade Ali yang baru je rase macam nak selak buku baca Chapter 1 untuk test minggu depan.

"Baru bulan Rejab, takpela bulan Syaaban nanti pun sempat lagi nak ganti puasa", Rosnah berkate pada dirinya selepas menyelak kalendar yang tergantung di dinding.

Selagi bukan esok, kite takde hati nak buat sesuatu perkara tu, sebab kita tau ada banyak masa lagi. Enjoy dulu beb! Tapi takpe la benda-benda macam kat atas tadi tu, kita tau yang due date dia lambat lagi. Erm, cemana pulak dengan due date mati kite ek? Kita tak tau pun bila, dan mungkin... esok? Jadi, jom la kite jalani hidup ni seperti kita akan mati esok, siapkan la semua tanggungjawab kita tanpa menangguh lagi. Orang yang tulis blog ni pun, memang perangai die pun suka tangguh kerja, tapi rasanya tak salah kalau kita share sesuatu benda yang betul, kan. Sama-sama kita berubah jadi lebih baik.

Tuesday, August 24, 2010

Is Allah Satisfied?

Baru-baru ni aku asyik dengar lagu Maher Zain je. Best tau lagu die. Semmuuaa lagu die best! Hehe.. Tapi kan ada satu lagu ni sangat menyentuh perasaan, dan sangat menginsafkan kalau kite hayati lirik die betul-betul. Aku tertarik sebab, aku tak pernah lagi dengar lagu keagamaan yang ade sensitiviti tentang perkara macam ni (ke aku yang tak pernah dengar lagu nasyid. Hehe). 

Lagu ni betul-betul tentang apa yang terjadi zaman sekarang, di mane kita semuanya berbangga dengan kejayaan dan harta yang kita capai, tapi kita lupa yang Allah sentiasa perhatikan kita. Tujuan hidup kita kat dunia ni, bukannya duit, kan? Tak kira la sebanyak mana harta yang kita kumpul, Allah sikit pun tak heran. Kita terlalu ikutkan nafsu, dan kalau kita bersedekah pun, keikhlasan tu sangat sedikit. Orang kasi sedekah zaman sekarang, mesti nak ditunjuk-tunjuk kat tv dan newspaper, padahal sepatutnya even tangan kite sebelah lagi pun tak patut nampak tangan kite yang tengah bersedekah ni. 

Kita cukup puas hati dengan semua yang kita ada, kita buat dan kita dah capai, tapi kita tak pernah fikir adakah Allah berpuas hati dengan tindakan kita? Itulah maksud lagu ni. Sila la download lagu ni ye, hehe.. Dengar lagu dan baca lirik ni dengan perasaan yang feeling. The lyrics are as shown below. Thanks Maher Zain for making me realize about this!

 

'Awaken' by Maher Zain

We were given so many prizes
We changed the desert into oasis
We built buildings of different lengths and sizes
And we felt so very satisfied
We bought and bought
We couldn't stop buying
We gave charity to the poor 'cause
We couldn't stand their crying
We thought we paid our dues
But in fact
To ourselves we're just lying

Oh...I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

We were told what to buy and we'd bought
We went to London, Paris and Costa Del Sol
We made show we were seen in the most exlusive shops
Yes we felt so very satisfied

We felt our money gave us infinite power
We forgot to teach our children about history and honor
We didn't have any time to lose
When we were.. (were)
So busy feeling so satisfied

I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

We became the visuals without a soul
despite the heat
Our homes felt so empty and cold
To fill the emptiness
We bought and bought
Maybe all the fancy cars
And bling will make us feel satisfied

My dear brother and sister
It's time to change inside
Open your eyes
Don't throw away what's right aside
Before the day comes
When there's nowhere to run and hide
Now ask yourself 'cause Allah's watching you

Is He satisfied?
Is Allah satisfied?
Is Allah satisfied?
Is Allah satisfied?

Oh..I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

Sunday, August 22, 2010

alasan.. alasan

Kita ni selalu ada je alasan...

"Ala.. tak boleh la pegi terawih, banyak keje tak siap lagi". Tapi, sebenarnye kalau dah mengadap komputer tu, buat keje sikit je. Kejap-kejap facebook, tetibe teringat nak bukak emel. Layan gugel group jap. Eh, ade komen baru la kat facebook. Hurm.. sedar tak sedar, kawan kite yang pegi terawih tadi, dah balik dah pun. Keje tak gerak dari tadi. Betul ke.. taknak gi terawih sebab nak buat keje? Ini terjadi kat aku sendiri, dan maybe jugak sebahagian dari kite. Bila masa untuk beribadat, kita selalu buat tak endah, dan masa tu la alasan macam-macam akan keluar. 

Tapi, kalau masa untuk bersuka-suki, apa jadi pun, sanggup. Berhabis duit minyak kereta, walaupun esok ada keje nak hantar, kite kate "Takpe la.. sekali sekala.. Bukan selalu pun, susah dapat peluang macam ni". Ya, ini pun real situation aku, dan maybe sesetengah dari kite jugak.

Hurm... betapa kita pentingkan perihal dunia, sedangkan apa yang kite dapat? Susahnya kita nak korbankan nikmat dunia untuk mendapat nikmat Allah yang berkali-kali ganda besarnya tu. Kenapa kita sanggup korbankan macam-macam untuk berseronok di dunia, tapi taknak berkorban untuk keseronokan di akhirat nanti.. Jom sama-sama fikirkan..

Saturday, August 21, 2010

Did We Ever Realize That?

Hari ni rasa macam nak bincang sesuatu yang berat kat blog ni. Hehe. Cukup la aku dok merapu je selama ni kan. Ye la, hidup ni kan kena balance, merapu sangat pun tak boleh, kalau serius sangat pun susah. Hurm.. jadi kali ni aku nak share dengan korang satu benda yang lately, selalu aku fikirkan. Bukan ape, sebenarnye hari tu balik kampung, balik dari bazar dengan abang aku dalam kereta, kitorang terdengar lagu Lady Gaga 'Alejandro'. Memang sedap lagu tu, tapi aku tak pernah dengar betul-betul pun sebab aku memang dah lama meluat dengan Lady Gaga nih. Lepas tu bermulalah satu conversation tentang topik yang sangat menarik antare kami. Abang aku kate something pasal kaitan antara Lady Gaga dengan Illuminati dan Freemason, yang satu bende pun aku tak faham. 

Jadi aku pun curious la untuk further investigate pasal benda ni kat internet, beserta galakan abang aku untuk baca dan faham benda-benda tu semua. Nasib baik la aku memang tak suka kat Lady Gaga ni. Sebab apa saja yang perempuan ni buat, sememangnya bertujuan untuk menyesatkan kita, paling kronik untuk yang beragama Islam. Lagu, video klip, cara berpakaian, semuanya ada maksudnya yang tersendiri, dan sememangnya dia ni seorang 'Illuminati Puppet'. Dan bukan Lady Gaga sorang je, banyak lagi artis-artis Hollywood yang turut sama disyaki menjadi puppet seperti Lady Gaga contohnya Beyonce,  Rihanna, Jay-Z dan Black Eyed Peace, yang banyak membawa unsur Freemason atau Illuminati.




Ape pulak Illuminati ni? Aku pun takde la pandai sangat nak bagitau benda ni secara detail, tapi yang pasti, Illuminati atau Freemason ni sebenarnya satu gerakan 'secret society' yang dah wujud sejak sekian lama. Selalunya diorang akan tonjolkan simbol-simbol tertentu macam piramid bermata satu yang bermaksud 'all seing eye', checkered floor, sacred heart dan macam-macam lagi la. Semua simbol ni ada kisah yang tersendiri dalam fahaman diorang yang sesat ni. Ape yang aku faham, diorang ni macam banyak kepada memuja-muja Dajjal Laknatullah.. Na'uzubillah.. Kalau nak tau secara detail, korang kena la buat research sendiri. Sekarang ni pun nampaknya 'secret society' dah tak secret lagi, sebab gerakan diorang ni semakin meluas dan berleluasa. Masa juara lagu yang latest kat TV3 hari tu pun, ada desas desus yang cakap pasal pengaruh Illuminati dalam performance artis-artis kat situ, tapi tak pasti sama ada dirancang ataupun kebetulan.

Paling merisaukan, sebenarnya unsur-unsur ni diterapkan dalam pemikiran dan cara hidup kita secara halus, kita tak sedar pun. Sebab kita hidup zaman sekarang ni, tak lari dari dunia hiburan. Unsur-unsur ni pulak selalunya diorang masukkan dalam lagu, filem, video klip, macam-macam lagi la, melalui 'mass media'. Ye la hari-hari kita dengar lagu, tengok tv, bukak internet.. diorang gunakan semua peluang ni sedikit demi sedikit. Macam mane pulak tu? Hurm macam ni la contohnya. Kita dengar lagu, yang satu benda pun kita tak faham maksudnya. Tapi sebab lagu tu irama die sedap didengar, kite belasah je la. Lagu je kan. Lama-lama, kita pun hafal lagu tu, sedangkan kita tak tau yang lirik-lirik lagu macam tu la yang ada  banyak maksud tersirat yang boleh menyesatkan kita. Melalui simbol-simbol die, yang diorang taruk kat video klip dan filem, dah jadi satu kebiasaan pulak untuk mata kita. Dan lama-lama, kita pun terikut-ikut. Bukan ke kita secara tak sedar, dah tergolong dalam golongan tu? Berdoa la supaya kita tak disesatkan oleh diorang ni..

Di akhir zaman ni, sememangnya akan ramai manusia yang tersesat dan terpedaya dengan tipu helah Dajjal Laknatullah. Kita seorang Islam, tapi mudahnya kita terpedaya dengan pengaruh kafir. Jadi, sangat penting untuk kita mendalami agama kita dan mempraktikkan agama kita dengan betul, supaya kita ada pendirian yang kukuh dan susah untuk kita disesatkan oleh iblis, mahupun manusia tu sendiri. Sememangnya aku pun sangat lemah dalam hal ni, jadi sama-sama la kita betulkan diri kita, supaya kita sentiasa berada di jalan yang diredhai Allah. Jangan la kita leka dengan keseronokan dunia sampai terlupa yang kehidupan akhirat itulah yang kekal..

Kat sini, aku nak share beberapa link yang menarik untuk rujukan korang. Tapi ye la kalau baca info kat website ni, kita kena sentiasa berhati-hati dan fikirkan secara rasional..

www.vigilantcitizen.com
(kalau nak tau secara mendalam pasal illuminati wutsoever)

http://azzariyat.com/
(highly suggested, banyak pendapat berguna pasal agama)

http://beautifulnara.com/illuminati-dan-freemason-dalam-video-klip-lady-gaga/
(detail pasal video kelip lady gaga)











Wednesday, August 18, 2010

Best Motivational Video Ever




Kalau tak dapat view kat sini, aku suggest korang bukak la kat youtube yang boleh tahan lembapnye tu. Hehehe.. sangat menarik la video ni, pasal seorang lelaki bernama 'Nick Vujicic' yang dilahirkan tanpa 'limbs', maksudnye takde tangan dan kaki. Tapi dia seorang yang sangat bermotivasi dan berjaya.

Dia boleh hidup normal macam orang lain, malah lebih advance lagi kalau nak dibandingkan dengan orang lain yang dilahirkan normal. Kalau nak search, tulis 'Life without Limbs'. Nanti keluar la video die, sebab dia ni memang banyak video motivasi. Ada satu lagi video dia nih aku nak share, kat bawah ni. Rugi la kalau tak tengok. Ni video 'wajib tayang'. Hehe teringat citer Papadom la pulak.





Saturday, August 14, 2010

Kisah Aku dan Bas

Banyak betul benda nak diceritakan kalau sebut perkataan 'bas'. Dari kecik, memang la aku ni terkenal dengan gelaran 'anak Halim driver bas'. Abah aku menambah pendapatan dengan memandu bas ekspres, di samping jadi peneroka felda. Teringat masa kecik-kecik, abah selalu parking bas kat depan rumah, pastu aku pun berlari la excited masuk dalam bas dengan tak sabarnye. Ape yang best sangat tak tau la, siap layan movie lagi dalam bas dengan adik-beradik. Unik kan? Hehehe.. sampaikan masa majlis penyampaian hadiah kat tadika, tuan pengurus cakap kat aku 'dia ni pandai sebab selalu naik bas'. Bila difikirkan, teori pakcik tu memang tak betul. Takde kaitan langsung. Huhu.

Ok.. bukan tu je kisah aku dan bas, ada banyak lagi sebenarnya nak cerita nih..


Kisah 1 : Form 1

Masa Form 1 lagi, aku dah masuk asrama, SHAH Pekan, 3 jam jugak la jaraknye dari rumah. Lepas tu cuti raya.. nak balik kampung. Aku expect, macam parents orang lain, abah akan datang ambik aku balik tapi rupa-rupanya abah aku suruh aku balik naik bas sendiri je, pastu kene cakap kat driver bas tu, turunkan aku kat Kg Awah. (bas tu patut pergi Temerloh, tapi dia lalu Kg Awah, dekat sikit ngan rumah). Kg Awah tu, lebih kurang 20 minit dari Temerloh. Ya Allah punya la nervous nak naik bas, maklum la tingkatan 1, budak kecik lagi kan. Pastu puas aku fikir camane nak cakap ngan pakcik driver, nak suruh turun kat Kg Awah. So, aku pun bagitau kat pakcik tu masa die cek tiket. Aggukan pakcik tuh aku assume sebagai tanda setuju.


Terminal bas Kuantan, aku naik bas kat sini la.. Hihi

Dalam bas, aku tak tidur langsung, sebab takut terlepas. Sepanjang jalan aku berfikir, pakcik ni ingat ke tak agaknye ek. Tapi.. sungguh mengecewakan, aku melepasi signboard Kg Awah dengan begitu sahaje. Pakcik tu tak berhenti pun. Abah aku dah la tengah tunggu tu. Macamane la nak buat nih. So aku senyap je la sebab handset pun takde masa tu, tak tau nak buat apa dah. Macam nak menangis rasanye. Tapi tak menangis pun, aku kan kuat. Heheheh. Aku biar je bas tu berhenti sampai Temerloh.

Abah masa raya tahun lepas. Hemsem kan abah saye?? =P

Sampai je kat Temerloh, on the way nak pegi pondok telefon nak call rumah, kawan aku, Pau datang ajak naik kereta bapak die, sebab nak pergi rumah dia pun lalu rumah aku jugak. So, terus aku lupa nak call rumah. Ape la bengong mase tu. Aku pun ikut je la Pau naik kereta bapak die. Lepas tu, rupa-rupanya, die tak balik terus. Bapak die pegi singgah JPJ la pulak, nak uruskan ape tak ingat dah. Kalau tak silap, sejam jugak la aku kat JPJ tu. Abah aku.. ape la nasib??


Ini la Pau. Jentik hidung die tu, bawak lari anak orang. Haha.

Aku pun balik rumah. Sesampai je kat rumah, memang kene bahan. Kenape tak call rumah? Pegi mane? Nasib baik tak hilang! Hurmm.. dan yang paling kesian, rupanya abah aku siap suruh abang aku dan kawan-kawan dia cari aku kat Temerloh. Dan misi mereka gagal sebab aku bergerak terlalu pantas. Aduiyai tak boleh diharap.. nama pun anak bongsu. Haha


Abang yang menjalankan misi mencari aku. Dah berkeluarga dah sekarang. Hihi~


Kisah 2 : Foundation Sem 1

Ok.. kisah ni memang seram. Seram sejuk. Ini pun first time nak balik rumah, tapi kat UTP, Perak. Aku dan aida konon-konon pandai la sangat nak balik naik bas berdua je masa tu. Nak pergi naik bas kat Medan Gopeng, Ipoh. Baru je lepas Minggu Aluan Siswa, selok belok Ipoh pun aku tak tau lagi. Huhuhu.

Lepas berjalan bawah panas terik dengan tegarnye dari V2 ke bus stop, kami pun naik bas Perak Roadway yang macam nak runtuh tu. Kitorang dah spot ada 2 seat kosong, so aku pun cepat-cepat la duduk kat seat tu, bahagian tepi tingkap dan aku panggil aida untuk duduk sebelah aku. Belum sempat aida duduk, ada sorang lelaki entah dari celah mana terus cepat-cepat duduk sebelah aku. Memang dah rasa lain macam dah. Baju dia teramat selekeh, kuku dia hitam, bau dia busuk, macam dah tak mandi seminggu. Isk saba je la mamat ni, aku cakap dalam hati.


Ini la contoh bas Perak Roadways kalau nak tau. =) 

Tak berapa lama lepas tu, lelaki pelik ni start bersembang dengan aku. Biase la, mula-mula tanya pasal belajar kat UTP blah.. blah.. aku pun layan je la. Lepas tu, dia nak bukak tingkap, which tingkap tu dekat dengan aku, so kenapa pulak dia susah-susah nak bukak. Jantung aku berdegup makin laju, berfikir ape nak buat kalau lelaki ni buat ape-ape kat aku. Tak cukup dengan tu, dia siap pegang tangan aku, dan buat macam nak jadik ahli nujum la pulak. Ape tah dia merapu kata tangan aku ni maknanya itu ini la.. Aku terus hilang sabar dan terus berdiri. "Saye nak duduk dengan kawan saye kat belakang. Boleh ke tepi tak", aku cakap elok-elok kat die. Ye la orang macam ni tak boleh kasar, kang die bawak keluar pisau mampos aku. Nanti jadi pulak kes kehilangan aku buat kali ke-2.

Lelaki pelik tu memang degil, die buat bodo je. Geram betul la bile teringat. Nasib baik la, kat dalam bas tu ada sorang uncle india ni, tolong fight untuk aku. Die tolak-tolak lelaki tu suruh ke tepi. Last-last aku pun berjaya pegi duduk dengan aida, dan aida pun terus kasi aku payung die, sebagai langkah berjaga-jaga. Memang cuak habis la kitorang masa tu. Aku takut je die follow kitorang kalau sampai Ipoh nanti. Uncle india tu je la harapan aku, untuk fight lelaki tu kalau die buat ape2 lagi lepas ni.

Aku dan Aida setelah melepasi zaman kanak-kanak
Belum sampai Ipoh lagi, tibe-tibe Uncle tu turun la pulak. memang cuak aku sampai ke tahap maksimum. Kitorg dua cuma mampu berdoa je la. Lepas je uncle tu turun, still ramai lagi orang India kat dalam bas tu, dan mamat tu dok merapu-rapu mengutuk bangsa india. Apebende die merepek pun aku tak faham. Semua orang dalam bas tu buat tak dengar je la. Takde masa nak layan orang tak betul macam tu kan.

Alhamdulillah lepas tu, aku ngan Aida selamat sampai Ipoh tanpa gangguan dan kami pun balik rumah dengan jayanye. Hehehe.. this is one of the unforgettable moment I had with Aida. Kite perempuan kuat!


Hurm.. ada lagi kisah-kisah lain pasal bas ni, tapi 2 ni yang paling menarik la. Kalau tulis banyak-banyak pun bukannye ada orang nak baca. Heheh. We learn life through experience, especially the bitter one.




Friday, August 13, 2010

Best ke Korean Series?

Hurm.. sebut pasal korean series, ade org terlebih excited, ade yg lain pulak buat muka menyampah. Tapi bagi aku, salah satu pengobat rasa bosan sudah tentunya korean series, specifically some of good korean series. Banyak jugak english series yang best, tapi ada masa-masa yang aku akan lebih prefer untuk tengok cerita korea. Hehehe.. Bagi aku, cerita korea ni macam perantaraan antara cerita melayu dengan english la. Best dari cerita melayu, tapi dari segi kehebatan teknologi dan idea tak la sehebat cerita omputih. Tapi kalau dah cerita omputih tu best sangat, kenapa lagi suka layan korea? Sebabnya... kebanyakan cerita korea ni more to asian culture, still ada adab dan budi pekertinye. kalau tengok pun tak sakit mata la kate orang (tapi kene pilih-pilih jugak. hehe). Cerita dia pulak selalunya banyak part kelakar yang bersahaja. Pastu hero dan heroin diorang good looking sangat. Haha.. ini la sebab orang pompuan suke sangat tgk cerita korea, mamat korea nih macam jejaka idaman la bagi diorang. Kalau cerita cintan cintun tuh, feeling giler la. Tapi.. kalau masuk part yang terlalu fantasi, naik meluat jugak kekadang. Kebanyakan cerita korea ni, menarik kat part awal, tapi turns out boring at the end part. Agak susah la nak jumpa yang betul-betul best dari mula sampai habis. Banyak jugak series yang tak habis tengok sebab terlalu bosan tapi ada jugak sesetengah tu best tapi tak dapat complete episod.

Jadi, apa la sangat yang orang boleh addicted sampai taknak tido tengok cerita korea ni? Sebenarnye, OST (Original Sound Track) drama tersebut sangat la memberi impak yang besar, tanpa disedari. Tak boleh disangkal, kalau cerita korea yg best-best tu, OST dia mesti best jugak kan? Lepas habis je tengok satu series tu, biasanya sampai sebulan jugak la aku akan repeat dengar OST die, sebab terlebih feeling. Lama jugak masa terbuang untuk recover feeling tu dan balik ke dunia asal. Haha..

So, here are among the best series that I have watched. 5 bintang untuk series berikut:


1) Full House (2004)
















Full House ni, walaupun keluar tahun 2004 tapi masa masuk UTP tahun 2006 baru layan, atas suggestion roomate masa foundation dulu. Ini la korean series pertama yang aku tengok betul-betul, sebab dulu dok sekolah asrama, tak dapat tengok tv. Hehehe.. ada kawan aku ni siap burn cerita ni dalam CD, so aku pinjam dan layan la cerita nih. Pergh, dalam 2 hari je, dah habis tengok sampai habis 16 episod kalau tak silap. Lepas tu pulak, aku siap beli lagi CD se'bundle' untuk burn cerita nih untuk simpanan peribadi. Hahaha.. al maklum la foundation, tak kenal lagi ape itu 'external hard disk'. Innocent habis.


2) My Girl (2005)


Kesinambungan dari Full House tadi tu, aku terus tercari-cari ada lagi tak series korea yang best. Pastu kawan aku suggest series 'My Girl'. Series ni memang la teramat kelakar dan cerita dia lebih best dari Full House. Hero dia pun lagi hensem. Gatal betul. Aku dapat cerita ni masa study week. Hari isnin depan nak exam, hari jumaat stay up, bukan stay up chemistry atau physics, tapi stay up cerita ni sampai habis. Masya-Allah.. apa la nak jadik. Tapi memang benda dah jadik pun. Kesannya nampak pada exam result aku. Padan muka. Cerita ni aku tak burn dalam CD, sebab rasa macam membazir pulak. Huhu.



3) Goong / Princess Hours (2006)



Cerita pasal anak raja kawen dengan orang kebiasaan, atas perjanjian keluarga. Quite a sweet romantic love story, tapi kemenyampahan aku pada watak lelaki poyo sebelah kanan sekali tu tak pernah padam sampai hari ni. Hehehe.. Heroin dia Yoon Eun Hye sangat la cute miut. Kelakar bila teringat dia pernah ada skandal dengan Kim Jong Kook (Family Outing). Psstt.. kalau tak pernah tengok Family Outing, pergi download cepat.



4) Coffee Prince (2007)



Coffee Prince, best la cerita ni. Dah tak ingat tengok bila. Tapi Yoon Eun Hye jugak, dia jadi tomboy. Kereta mamat hero tuh, Mini Cooper sangat semmart! Kelakar sebab lelaki tu rasa macam dia gay sebab suka kat lelaki yang sebenarnya tomboy je pun.



5) Witch Yoo Hee (2007)


  
Ouh.. mamat yang aku menyampah tu ada lagi dalam cerita ni, dan role dia pun lebih kurang macam dalam Goong. Kesian dia kan, asyik dapat watak macam tu. Huhu. Tapi dalam cerita ni, aku suka tengok macam mana perempuan tu di'transform' oleh hero tu dari witch jadi perempuan ayu. Dan jugak makanan yang diorang masak, sebab lelaki ni chef. Dan ada Johnny Cruger yg amat hemsem. Heheh.



6) Dal-Ja's Spring (2007)



  
Ini cerita paling scary pernah aku tengok, bukannya apa, tapi sebab ini kisah perempuan andartu berumur 33 tahun yang still tak bertemu jodoh. Haha.. scary kan? Jalan cerita biasa je, tapi sangat kelakar.



7) One Mom and Three Dads (2008)



Ini pun scary, tapi kurang sikit dari tadi. Sebab suami dia mati masa dia mengandung, setelah lama tak dapat anak. Kenapa 'three dads'? Sebabnya, sebelum suami dia tu mati, diorang ada masalah nak dapatkan anak. Pastu suami dia mintak tolong tiga orang kawan baik dia dermakan sperm sebab taknak kecewakan wife dia. Kalau orang Islam jangan buat la. Hehehe. So bila dia mati, dah tak sure pulak mana satu bapak budak tu. This story is hillarious from the start until the end, tapi part-part yang sedih tu boleh nangis la. Anak dia comel yang sangat3!



8) My Lovely Sam Soon / My Name is Kim Sam Soon (2005)




Pasal perempuan yang agak berisi, seorang pembuat kek. Sedapnya kek! Dan dia end up bercinta dengan tokey restoran yang kaya dan hemsem. Cerita ni sangat la fantasi, dan ini la satu-satunya cerita yang menampilkan heroin yang tak cantik. But the whole story is just awesome!



9) The Man Who Can't Get Married (2006)

 

Kisah yang sangat lain dari yang lain. Pasal lelaki yang terlalu perfectionist dan agak pelik sikit, eh pelik banyak la sebenarnye. Cara hidup dia yang terlalu perfect menjadikan dia susah nak bertemu jodoh, dan agak tak logik untuk dia kawen dengan seseorang. Tapi last-last jodohnya dengan seorang doktor. Kesian jugak la perempuan tu dapat lelaki macam ni. Huhu. This is a must-watch drama for me. Thank you DC++ yang dah kene ban kat UTP.



10) Boys Over Flower (2009) 


Wahh.. sape yang tak tau series ni, disebut di mana-mana. Unless orang tu tak bother pasal cerita korea la. Tak tau la kenapa cerita ni macam satu fenomena jugak. Mungkin sebab ini adaptasi 'Meteor Garden' yang meletup-letup suatu masa dulu. Kalau versi Jepun, nama dia 'Hana Yori Dango', tapi kurang best sikit la bagi aku. Kelebihan Meteor Garden versi Korea ni, sudah tentunya hero 4 orang yang gorjes tu. Hehehe. Tapi cerita ni memang complete fantasy. Tak mungkin berlaku di mana-mana.  Ye la, asal pun dari komik kan. Overall, best ditonton bila rasa macam nak berangan bercinta dengan Lee Min Ho. Haha



11) You Are Beautiful (2009)  


Hurm.. series ni keluar masa aku intern. Internet kat site office sangat la laju, so aku mempergunakan peluang tersebut untuk mendownload habis-habisan. Hahaha. Teruk betul perangai, don't try this at home ok, sebab internet rumah korang tak laju macam ni. Erk, hehehe.. Ok, sebenarnye agak tak logik cerita ni, macam mana la orang boleh tak sedar yang perempuan tu menyamar jadik lelaki. Tapi keseluruhan cerita, kalau diabaikan aspek-aspek yang tak logik tu, boleh tahan la menarik la jugak. Cerita ni dihabiskan jugak sebab.. hehe.. hero dia best. Jang Geun Suk ni campak la mana-mana pun memang akan jadikan cerita tu best. A very good actor, and everybody will be amazed by his handsomeness.



12) Beethoven Virus (2008)


Oleh sebab dah taksub sangat dengan Jang Geun Suk, aku pun terus mencari series yang dia ada berlakon. Dan terjumpa la dengan 'Beethoven Virus'. Tak disangka, memang tak rugi aku jumpa series ni. The story was very brilliant, not a typical korean series at all. Main focus of the story is not about love, but about an orchestra team. Banyak kisah-kisah hidup yang sangat menarik ditonjolkan dalam cerita ni, dan banyak jugak dia kasi knowledge pasal orchestra. Sekarang aku dah tau ape tu oboe, contra bass dan maestro. Hehehe. A very must watch drama series.


Explain on What?

Ok.. let me explain. Wahh.. macam tempting tak tajuk dia. Hehehe.. poyo je kan. Tiba-tiba je rasa macam best pulak nak menulis blog. Sebab ramai pulak orang dah start ada blog sendiri, termasuk la salah sorang lecturer sem ni, yg asyik dok mempromote blog die setiap kali dalam kelas.

Balik pada title blog nih. "Let Me Explain'. Sebenarnye dah takda idea, dan perkataan nih terlintas kat fikiran, dan rasa macam not bad la. hehehe. Ye la apa saje yang akan di post kat sini, everything is about explanations on certain things kan, based on my point of view. Perlu ke sebenarnya nak merapu explain pasal tajuk ni ? Hehehe.. for the first post, biar la nak yo yo 'o (favourite word of ms. syazana) =) Ok, sampai situ saje explanation saye. Sekian tenkiu.

Example of explaining the difference between guerilla and gorilla. Hehe. Mesti korang pun baru tau kan??