Wednesday, September 29, 2010

Lompat Kelas: Behind The Scene


Bak kata Cikgu Ramli, "Dia ni masuk kelas bukannya jalan, dia lompat". Haha kelakar betul teringat cikgu tu, dah la siap buat gaya melompat sekali. Pastu selalu cakap dia miskin, gaji sebulan just RM250, tapi dia ada rumah bungalow, padahal rumah guru yang kat depan sekolah tu je pun. Hurm... tak habis-habis buat kelakar. Tapi rasannya dalam kelas tu, at least sorang akan percaya yang gaji dia RM250, sebab aku pun hampir-hampir. Nasib baik aku balik tanya bapak aku. Hahaha... I was just too lucky to have that guy as one of my teacher during that good old days. Huhu. Dia mengajar subjek Bahasa Melayu masa aku darjah 5 ngan 6 lepas aku masuk kelas dengan 'melompat', bukan berjalan. Heheh.




Apart from above story, there is another thing that is really really really interesting to share, pasal kisah cemana aku boleh lompat kelas. Memang geli hati sangat bila teringat. Kuikuikui..

Untuk sesiapa yang tak tau apebende la lompat kelas tu, meh aku explain sikit. Hurm, camni, masa tahun 1996 sampai 2000 kalau tak silap, kerajaan buat satu exam untuk student darjah 3 yang dipanggil Penilaian Tahap Satu (PTS). Exam ni basically akan tanya soalan-soalan yang mencabar IQ la.. pastu sesapa yang pass exam ni akan ditawarkan untuk pegi darjah 5 terus, takyah masuk darjah 4 sebab katanye budak yang betul-betul genius je akan dapat jawab soalan PTS ni. Kerajaan yang kata okeh, bukan aku kata. Hehehe.





Jadi masa tahun 1998, aku dan kawan-kawan darjah 3 pun amek exam ni. As a result, 4 out of the whole Standard 3 students at my school were receiving 'lompat kelas' offer. Ramai jugak tuh. Aku salah sorang. Liyana, Zaidi ngan Hanafi pun pass PTS. Masa tu lepas dapat je result, memang aku happy tak terkata. Sebab masa sekolah rendah dulu, aku ni memang education freak. Apa je exam yang aku jawab, aku nak cemerlang! Haha..skema gile la kesimpulannye. Pastu memang aku nak pun lompat kelas ni. Jimat masa, bak kata sorang cikgu masa darjah 3. Tapi malangnya, dalam 4 orang tu, rupanya aku je yang terkedek-kedek nak pegi darjah 5, yang lain buat keputusan untuk tolak tawaran tu. Huhu. 

Kat bawah ni gamba kelas aku masa darjah 3, kelas 3 Kejora. Dikelola (cewah) oleh Cikgu Norzul'ain.


Baris 3 dari kiri: Azmi, Mustain, Hanan, Sham, Caun, Fadil, Akmal, Zaidi, Pa'e
Baris 2 dari kiri: Tikah Osman, Dani, Azmira, Azimah, Aini, Liyana, Nazatul, Tikah Johar, Syuhada, Sheda, Dayah, Rahimah.
Baris 1 dari kiri: Solehah, Herni, Shimah, Rosma, Cikgu Norzul'ain, Munir, Najmuddin, Sabri, Hanafi



.....back to the story........

Parents ngan adik beradik aku memang encourage aku sangat-sangat suruh aku lompat kelas. Tapi psychology aku pun dah ter'affected' sangat-sangat mengenangkan kawan-kawan aku yang lain menolak tawaran yang berharga itu. Mengamuk, nangis-nangis aku gaduh ngan parents sebab paksa aku lompat. Ye la ingat senang nak tinggalkan kawan-kawan pastu nak kene masuk kelas senior. Cikgu ada kasi satu borang suruh isi nak terima offer ke tak. Hurm semua details dah isi, cuma satu part je tak isi lagi. 

'Saya menerima/menolak tawaran ini'. (potong yang tidak berkenaan).

Haa... tu la part yang mengambil masa beberapa hari untuk diisi. Hahaha... Lepas penat gaduh ngan parents, dan bengang sebab kawan-kawan semua taknak lompat, aku pun amek form tuh dan potong yang tak berkenaan. Hasilnye,

'Saya menerima/menolak tawaran ini'. (potong yang tidak berkenaan).





Ok, aku pasrah je. Aku decide taknak lompat kelas, from the deepest of my heart. Full stop. Aku bawak form tu pegi kelas untuk submit kat Cikgu Norzul'ain, selaku cikgu kelas aku masa tu. Sampai je kat kelas, aku letak form tu atas meja aku. 

Tiba je masa Cikgu Norzul'ain nak collect borang tu dari aku, borang tu dah takde atas meja! Mane pulak la hilang ni. Puas aku cari bawah meja, dalam beg, tapi still tak jumpa. So, cikgu tu suruh hantar borang bila dah jumpa nanti, as soon as possible. 

Dalam masa yang sama, abang sulung aku, another education freak (Haha) balik rumah. Masa tu dia belajar kat Universiti Utara Malaysia (UUM), dia balik holiday. Dia la orang yang paling semangat encourage aku bab belajar-belajar ni. Abang aku bawak balik hadiah seutas jam tangan yang mahal sempena keberjayaan aku pass PTS exam. Pergh... meleleh air liur tengok jam tu. Tapi dia taknak kasi, sebab parents aku bagitau dia yang aku tolak tawaran. So abang aku yang kejam ni kasi aku syarat, "Kalau nak jam ni, lompat kelas dulu". Adoiii sedih betul la. 





Tapi masa tu borang pun dah hilang, tak tau nak cari kat mana. Memang aku yakin aku bawak pegi sekolah, tapi taktau camana boleh takde. Pastu abang aku terfikir untuk fotostet borang kawan aku, Hanafi (sebab dia sorang je tak submit lagi) dan isi form tuh tanpa aku boleh buat apa-apa. Aku pun redha je, sebab nak dapat jam. Haha. Yang kelaka, dah la Hanafi dah isi complete form tuh. Abang aku dengar tegarnye siap liquid semua details pastu fotostet, isi borang tu untuk aku. Bertukarlah statement agung itu menjadi,

'Saya menerima/menolak tawaran ini'. (potong yang tidak berkenaan).

Patutnye statement tu kene tukar sikit,

'Abang saya memaksa saya supaya menerima/menolak tawaran ini'. (potong yang tidak berkenaan). Haha~

Hurm... so jam cantik itu menjadi milik aku. Kekeke.. eh kalau orang dewasa pun boleh terpedaya tau dengan tipu helah camni. Ok, the form is ready to be submitted.

Dengan jam baru, aku pun submit borang yang mengubah nasib aku tu kat Cikgu Norzul'ain. Masa tu time kelas last sekali kalau tak salah. 

Lepas submit form tu, semua orang kemas-kemas beg, nak balik. Budak bertuah depan aku, Mustain tetiba keluarkan satu kertas dari beg dia yang macam aku kenal je rupa kertas tu. Yes, that is the lost form. Kene amek ngan Mustain rupanya. Siooottt!! (Tapi masa tu tak reti ckp 'siot', cuma geram gila je la). Aku mintak form tu dari Mustain, dan aku tergamam. Mustain pulak blur je. Nak buat ape lagi, nasi dah jadi bubur. Takkan la nak pegi tukar form pulak. Jap gi kene pulangkan jam lagi. Haha.... 

Soalan cepu emas untuk Mustain, ko memang berkomplot ke nak kenekan aku?


Haihh..wonderful story, right? Peristiwa ni aku takkan lupa sampai bila-bila.. Moral of the story, Tuhan tau apa yang terbaik untuk aku, Alhamdulillah... (^_^)






Wednesday, September 22, 2010

The REAL Player

Kamu ni player ke tak? Tapi ni bukan cerita pasal player badminton or player bola sepak ye. Dan bukan jugak korang punya Real Player yang mainkan movie kat komputer tu. Heheh. I mean, playgirl or playboy, ye la maksudnya suka menduakan perempuan atau menduakan lelaki. Contohnya kalau kita keluar pegi kedai pastu nampak sorang budak laki berkepit dengan perempuan, kita bisik kat kawan sebelah kita,"Tengok tu, minggu lepas dengan orang lain. Player la dia ni". Camtu la contohnya. Jelas? Huhu.

For me, player is not necessarily when he or she is in a relationship with more than one person at one go, but it also happens when that guy or girl tends to take advantage of the person they coupled with. Ataupun dalam kata lain tak ikhlas la kate orang. Macam bila dia susah, kemain lagi tapi bila dah senang dia lari. Mula-mula janji macam-macam tapi selalu lupa bila dia dah dapat apa yang dia nak. He is playing with the girl's heart. Or she is playing with the guy's heart. Kena la cakap dua2, jap lagi orang cakap gender bias pulak kan. Hehe. Ok, that criteria is a player enough for me, which means that that person in the relationship is not putting his or her effort to strengthen the relationship they made up, but still, they expect their relationship to be as happy as they wish. 





Eh, merepek kan. Entah la aku pun bukannye experience sangat bercintan cintun ni. Tadi tu mukaddimah je, nasib la kalau salah pada pandangan korang. That is only my interpretation. My exact point is, we ourselves don't always realize that each one of us have experience in being a player. I am, and maybe you too. Which is, a player to our God. Ok, shima ni dah masuk dah bab agama dah ni. Well, I just really love it when my article in this blog can benefit other people. And more importantly, this is honestly a self-reflection of mine, I write this to improve myself too. (^__^) 

How did you treat your God actually? Kita recap balik kisah cinta tak kesampaian tadi, "bila dia susah, kemain lagi tapi bila dah senang dia lari". That also happens to us everytime. Contoh yang paling senang, DOA. Bukan Dead or Alive, tapi berdoa meminta sesuatu daripada Tuhan. Bila sebenarnya kita akan berdoa dengan Tuhan secara bersungguh-sungguh seikhlas hati, rajin solat, puasa sunat, dan start rasa nak jadi baik? Jawapan yang pasti, bila kita dapat susah, bila kita nakkan sesuatu benda, kita rasa hidup ni tak bermakna, banyak masalah. Masa tu, kita janji macam-macam dengan Tuhan, mintak dia makbulkan itu ini. Tuhan tu Maha Penyayang dan Maha Mengetahui kan, maybe sesetengah orang akan dapat apa yang dia nak, tapi ada pulak sesetengah orang pulak, Tuhan tambah lagi kesusahan dia. But what will people do usually?





"Alhamdulillah, aku bersyukur", kita kata bila dapat apa yang kita hajatkan. Contohnya, kita dapat keputusan cemerlang dalam exam, an easy example for students. Masa tu, akan bertambah-tambah rasa sayang kita pada Tuhan. Seronok sebab Tuhan dengar luahan kita selama ni. Tapi lama-kelamaan, ramai orang akan hanyut dengan kesenangan yang Tuhan kasi. Bermula wujud rasa bangga dan kita bandingkan kejayaan kita dengan orang lain, walaupun cuma dalam hati. Kita lupa segala janji yang kita dah buat dengan Tuhan. Semakin jauh kita tinggalkan Dia yang memberi segala nikmat. Solat, puasa, doa kita pun so-so je. Padahal bila-bila masa je Dia boleh tarik balik nikmat tu dari kita, kan. Can you call this person a player? Yes. 

"Aku dah penat berdoa siang malam, tapi kenapa Tuhan tak pernah makbulkan?", kita berkata dalam hati. Dah macam-macam usaha kita buat, tapi masih tak dapat jugak apa yang kita nak. Ada orang akan rasa bosan, dan buat keputusan untuk berhenti mengharap kepada Tuhan. Jadi nak mengharap pada siapa lagi la agaknya, ada lagi ke orang atau makhluk yang lagi berkuasa? Tentulah tidak. Sebenarnya ramai yang tak sedar, betapa nikmatnya bila Tuhan kasi kita kesusahan. Sebab kita sebenarnya akan lebih dekat dengan Tuhan bila kita susah, dan akan tinggalkan Dia bila dah senang. Bukan ke dekat dengan Tuhan tu lebih baik? Dia nak kita terus dekat dengan Dia, sebab tu kita terus dibiarkan susah. Kita manusia la yang selalu buruk sangka, anggap Tuhan tak sayang kita lagi. God knows you better than yourself, He is closer to us than our jugular vein. Tapi kita selalu kecewa dengan Tuhan dan membawa diri jauh dari Dia. Can you call this person a player? Yes.  

Above are the two examples that come out of my mind, whether we realize it or not. Kesimpulannye jangan jadi player okeh? Sama ada sesama manusia atau dengan Tuhan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, Wallahu'alam.





Thursday, September 9, 2010

Salam Lebaran 2010

Sempena malam raya ni, saye mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN!




hehe ni lukis sendiri pakai paint tau. sile hargai kerja saye yang kreatif dan comel bagai nak rak ni.

SMILE everyone!

Wednesday, September 8, 2010

Manfaat Berpanjangan Berlipat Ganda

Disebabkan kesepian yang melanda rumahku walaupun baru pukul 12 tgh mlm (baru pukul 12?) hehe aku memilih untuk mengepost topik baru di blogku yang juga lama sudah sepi. Isk ape ni sehari lagi nak raya tapi rumah sunyi sepi. Hurm takpe aku akan meriahkan blog ni malam ni. Haha. Takde la meriah sangat sebenarnye tapi just nak share something pasal tazkirah yang aku dengar masa lepas terawih tadi. Haa.. baca sampai habis, asal tazkirah je nak lari. ;p

Alhamdulillah, kat Jengka 19 ni still ada orang yang berbakat kasi tazkirah dengan best, tak jemu pun. Tapi cuma masalah dia anak sedara aku pulak kain pelikat die terlondeh, sebab masa orang kasi tazkirah die gi lari sana sini. Terpaksa la aku pegi tolong betulkan kejap. Sabar je ler. Haha kelakar betul budak sorang tu. Hurm, ok balik pada isi kandungan tazkirah.

Ustaz yang kasi tazkirah tu mengulas pasal hadith yang kat bawah ni.

Nabi bersabda maksudnya: “Apabila mati seseorang insan, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan daripadanya dan doa anak soleh yang sentiasa mendoakannya.” (Diriwayatkan oleh Abu Hurairah)




Ulasan dia sangat la panjang lebar, tapi apa yang dia cerita tu, sangat penting untuk kita tau. Unik sangat cerita yang dia kasi. Jadi aku pendekkan cerita panjang lebar tu jadi beberapa kategori seperti di bawah;


1. Kenduri tahlil

Bila parents kita mati, sudah tentu kita akan buat kenduri tahlil. Kalau kita tak buat, orang sekeliling akan bercakap, sebab kenduri tahlil ni dah jadi kebiasaan bagi orang Melayu. Tapi, jom kita refer balik kepada satu kisah masa zaman Rasulullah dulu, iaitu apa yang terjadi selepas perang Muktah kalau tak silap. Dalam perang tu, Saidina Jaafar yang memegang panji-panji Islam telah mati syahid. Lepas tu Rasulullah sendiri suruh orang lain sediakan makanan untuk keluarga Saidina Jaafar yang sedang bersedih hati. 


Apa yang nak disampaikan dari kisah ni, jangan la kita mengata orang yang tak buat kenduri tahlil bila ada kematian, sebab sepatutnya kita yang patut buat untuk diorang. Ustaz tu kata lagi, sebaik-baiknya, keluarga si mati gunakan la duit budget kenduri tahlil dia tu untuk sesuatu yang boleh memberi faedah berpanjangan, di mana pahala si mati dalam kubur juga akan berterusan sampai bila-bila. Contohnya, kita sedekahkan duit tu untuk beli peralatan masjid, dan niat untuk si mati tadi. Selagi peralatan tu digunakan, selagi tu la dia akan dapat pahala. 

Ok, apa pulak beza dengan kenduri tahlil, kasi orang makan pun dapat pahala, orang ramai-ramai tahlil untuk si mati pun dapat pahala. Tapi kalau kita kaji balik hadith tadi, Rasulullah kata, 'anak yang soleh yang berdoa untuknya'. Masa kenduri, semua orang sibuk bertahlil, sedangkan si anak sedang sibuk uruskan kenduri. Bukan ke doa si anak itu yang lebih penting? Dan bila orang ramai dah balik, tamatlah di situ sahaja. Jadi, bukan ke lebih baik kalau kita guna duit tadi untuk faedah yang berpanjangan, di mana berkali-kali ganda manfaat yang kita boleh bagi kepada si mati. Tapi, tak menjadi masalah kalau nak buat kenduri tahlil, in case kita ada budget lebih apa salahnya kan.


2. Perbuatan baik dan buruk

Kalau kita buat baik, kita dapat pahala. Kalau kita buat benda buruk, kita dapat dosa. Tapi macam mana pulak kalau ada orang yang terikut-ikut dengan perbuatan baik buruk kita tu? Agak-agak, kita ada share sekali tak? Hurm.. maybe ada yang tak tau, atau buat-buat tak tau. Jadi aku nak bagi tau. Penting ni. Sebenarnye kalau kita buat sesuatu yang baik dan ada orang yang terpengaruh dengan perbuatan baik kita, bergandalah pahala kita. Jadi jangan la takut nak buat baik. Dan pulak kalau kita buat sesuatu yang buruk dan ada orang terpengaruh dengan perbuatan buruk kita, berganda jugalah dosa kita. Haisyy ni memang bahaya. Macam mana pulak kalau ada orang yang ikut orang yang ikut kita buat jahat? Berganda-ganda-ganda lah jadinya. Berhati-hatilah untuk buat sesuatu yang buruk, sebab mungkin kita berpotensi dapat dosa berpanjangan sampai akhirat la agaknya. 


Contoh ustaz tu yang paling best, bila parents tengok AF (Akademi Fantasia) di rumah dengan anak-anak. Parents is the best guide for children, kan. Of course, anak tu rasa parents dia sokooong dia tengok AF, sedangkan berapa banyak maksiat yang ada dalam rancangan tu. Ambik calculator, korang kira la sendiri. Belum campur lagi dengan rancangan tv lain, ye la zaman sekarang mana ada lagi rancangan tv yang boleh bawak pahala, melainkan kalau tengok astro oasis 24 hours.


3. Solehkah anak kita?

Dalam konteks audience tazkirah ni, aku la anak yang dipertikaikan tu agaknya. Ya Allah betapa aku telah mengabaikan tanggungjawab ni.  Bagi sesiapa yang dah kehilangan parents, ingat la yang kita ni harapan si mati untuk meringankan azab seksa kubur parents kita. Kalau kita taknak jadi anak yang soleh, jangan lupa yang kita sendiri pun akan mati dan mengharap doa anak kita yang soleh. Bukan kawan, bukan sedara mara, tapi ANAK. Aku tak layak nak cakap benda ni, tapi aku nak sangat meringankan beban arwah. InsyaAllah... Untuk membuka mata kita semua, ustaz tu ada bagitau pasal statistik dari Dato' Dr. Fadzilah Kamsah pasal solat. Dia cakap, hanya 20% Muslim kat Malaysia ni yang consistent dalam solat. Jadi, kat mana la kita agaknya kan. Berusaha la supaya kita akan menyumbang mengurangkan 80% tu. Huhu..






"Sebaik-baik manusia ialah mereka yang hidupnya sentiasa memberi manfaat kepada orang lain."

Semoga post kali ni bermanfaat. Kalau ada tersalah info kat mana-mana, sila betulkan ye. Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin!