Thursday, December 8, 2011

me better, u loser

ewah tajuk. eheh skrg ni boss takde jadi ofis ni saye yg punye. walaupun kamera cctv betul2 mengadap aku tapi ape salahnye, taip2 ni nampak macam buat keje la ye dok. kehkeh. bukan curi tulang ye, tapi memang takde ape nak buat! dengan tidak sengaja  teringat pulak blog yang dah lama kena tinggal nih. heheh.

ok back to our topic up there, korang penah tak jumpa orang yang semua benda pun die nak menang? contohnya kalau korang kata, "aku baru beli myvi lagi best kaler hot pink!" dengan perasaan riang, orang tu akan balas "oye? bulan depan aku beli myvi superpower, lebih best lagi kot". haha mungkin conversation ni takkan wujud unless perodua buat brand myvi superpower in the future.




kalo becakap dengan orang2 camtu besenye terus hilang mood nak cerita pasal apa2 pun kan. statement kita akan dibalas dengan benda yang nak buat kita down. motipp orang tu slalu nak buat perangai camtuh. bagi aku la, orang camni sebenanye kurang kasih sayang dan jeles bila orang lain happy. bila kena attack ngan orang camtuh, senang je. tak perlu rasa terganggu dengan kata2 dia dan tak perlu balas balik nak kasi macam diri kita pun lebih hebat. mengaku je la yang dia memang better. sebab nanti mesti dia akan rase bersalah buat kita camtu. tapi taktau la kalo jenis hati kering kan. continuing the previous conversation, balas je "erm ooo myvi superpower tu? gile best la kau, tapi takpe la aku pun bukannya hebat sangat so cukup la pakai kereta yg standard aku je kan" sambil tersenyum manis. setuju tak? heheh.

'orang macam tu' yang aku maksudkan tu mungkin aku sendiri ataupun korang jugak. kadang2 kita pun tak perasan kan. oleh yang sedemikian elakkanlah berperangai sebegitu kerana perkara tersebut boleh mendorong kepada perasaan menyampah terhadap diri kita. oh sedihnya~ so instead of being jelous of others, banyakkan bersyukur dengan apa yang kita ada. berperangai seperti 'aku better kau loser' tidak akan menjadikan diri anda lebih hebat. sekian, terima kasih daun keladi lain kali jumpa lagi :P

Sunday, March 27, 2011

kisah seorang budak blurr~

Hurm... selepas sekian lama aku macam asyik tulis entri ala-ala perunding motivasi, kali ni nak bercerita la pulak. Dah lama tak mengimbau kenangan lama. Di saat dah berape bulan je lagi aku nak grad and nak cari keje, teringat la pulak aku zaman keje time lepas SPM dulu. Hihi.. Memang kelakar la bila teringat benda-benda lepas ni, because people change over time kan. Dulu lain sekarang dah lain, kata Dato' S.M Salim.

Segalanya bermula apabila aku dikejutkan dengan satu berita. (ade bakat tak nak tulis novel? kikikii) Isk, memain plak. Erm, camni sebenarnye. Masa lepas SPM kan asyik dok makan tido je kat rumah, kakak ipar aku tanya la kalau aku teringin nak keje, sebab ada kerani cuti bersalin kat kompeni yang dia keje. So just keje untuk sebulan setengah camtu je la. Jadi aku dengan penuh excited, memang teringin sangat la sebab dah takde ape nak buat kat rumah masa tu kan. Aku pun pergi ke bandar kelumpo untuk mencari sesuap rezeki. Hehe. 

Kat KL, aku dok kat rumah sewa sekali dengan kakak aku yang keja nurse kat PPUM masa tuh. Rumah sewa dia tu kat sebelah station Universiti (Putra LRT) and dalam rumah tu dah ade 8 orang, so aku datang untuk menyempitkan lagi rumah tersebut. Heheh. 

Gambar saye dan kakak masa kecik. Haha~
(Sekadar gambar hiasan)

Berbekalkan result PMR (sebab result SPM tak keluar lagi) dan baju kurung yang sopan aku pun pegi la interview keje tu. Kompeni tu buat IT consultancy, ofis die kat Desa Pandan masa tu. Wah, bayangkan baru je keluar sekolah dah pegi interview keje. Nervous tak hengat! Still terasa lagi sampai sekarang. Ngehehe~ Yang interview tu boss die perempuan, seorang yang serius dan tak pandai bergurau. Aku ni pulak kanak-kanak yang baru nak mengenal erti bekerja di kota raya. Bagi aku, memang die amek risiko yang besar bila amek aku keje. Sebab ape? Ni la yang nak citer ni. (cer ceghite, cer ceghite~~ kate usop sambil melenggokkan tangan ke udara) 

Part 1: Kisah gaji dan bas

Back to the story. I got the job, with RM500 salary per month. Sikit je kan. Alasan die sebab aku ni takde pengalaman dan die kasi aku keje pun just for the sake of nak kasi aku belajar. So aku accept je la keje tu...takkan nak lari balik ke pahang pulak. Tapi lepas balik rumah, kakak aku yang tak berapa berpuas hati dengan gaji aku yang terlalu sikit untuk menampung kehidupan di kelumpo menasihatkan aku untuk meminta gajiku dinaikkan sedikit. Ye la, nak g keje kene naik LRT+bas, sewa rumah, makan etc... Mana la cukup.. (Maybe kakak aku takut kalau nanti aku asyik pau die je. Kekeke~)

So, untuk mengurangkan beban di masa akan datang, I gathered all my courage to call that boss, asking for a salary raise. Hahahaa... memang muka tebal betul la kan, belum start keja lagi dah mintak nak gaji! Tapi nak buat cemana memang terpaksa la, sebab memang RM500 tu sikit sangat. Nasib baik la boss aku tu baik, die kasi la naik jadi RM600. Ok la, dari tak dapat. :P




Peristiwa first day keje merupakan kenangan yang sangat tak boleh lupa. Aku ni dah la datang dari kampung, tak biasa ngan bas+LRT kat KL. Kakak aku pulak keje hari tu, so aku kene pegi keje sendiri! sekali lagi perasaan nervous melampau melanda diriku. Heheh. Aku kena masuk keje pukul 8.30am, tapi pukul 7.00am dah keluar dari rumah berebut naik LRT, turun kat Jelatek pastu kene naik pulak bas dari Jelatek untuk pegi ofis. Memang.. cabaran. sebab aku sangat blur dan culture shock. Huhu.

Tapi.. bila aku naik bas dari Jelatek nak pegi ofis, aku sangat pelik kenapa la.. bas ni tak lalu pun ofis aku. Bila dah lama sangat dok dalam bas dan rasa macam ada yang tak kena, aku pun call kakak ipar aku tanya apesal bas ni tak lalu ofis. Di saat jam dah pukul 8.15, 15 minit je masa tinggal nak masuk ofis first day, baru la aku tau yang aku salah naik bas. Haru betoi laa.... first day excitement decreased to negative. So hari tu pukul 8.45 baru aku sampai ofis. 15 minutes late! Aku memang malu sangat dengan boss aku sebab baru je sebelum ni yo yo 'o mintak naik gaji tapi datang keje lewat. Adusss~~

Dengan mebuat muka 'saya masih kanak-kanak baru belajar', aku kuatkan hati untuk tidak terlalu banyak berfikir tentang perkara tersebut dan bermula bekerja sebagai seorang kerani. Cewah~ hehe.. 

Isk.. panjangnye citer aku nih. Mesti bosan kan. Sorry kalo aku syok seniri tapi aku tetap nak syok seniri jugak. Heheh. Ye la tadi baru part 1, sekarang nak masuk part 2 plak. keh3



Part 2: Kisah diperli kerana terlalu skema

Keja kat situ, aku ni takde la reti sangat nak bergaul dengan staff-staff lain sebab diorang memang asyik busy dengan keje diorang dan aku plak keje memang bertimbun tak hengat la. Kene call orang datang interview, buat surat, call orang sana sini, macam-macam la dan yang paling interesting untuk nak dicerita kat sini, aku kene buat attendance report untuk semua staff. Ni.. sangat.. kisah yang sedih. Uhuu~

Bila masuk keluar ofis termasuk datang keje atau pegi lunch, kitorg akan scan kad masing-masing kat pintu, so semua orang ade rekod keluar masuk ofis. Dan ade la time limit boleh masuk keluar pukul berape, berape lama, etc. 

So suatu hari ni, boss suruh aku buat report pasal staff yang datang lewat dan keluar ofis exceeding time limit. Then aku buat je la, tak kisah la lambat datang 2 minit ke setengah jam ke, semua aku include je la dalam report tuh. Tapi tak sangka la pulak rupanya boss pegi forward report tu kat semua staff, dan ramai la jugak orang tak puas hati dengan 'pembuat report' tersebut. Aku la tu. Sedih gile sebab aku kene perli ngan diorang masa lunch. Dah la aku jarang gi lunch ngan diorang, pastu kene perli la pulak. Adoii tapi sebenarnye aku tak salah pun. Berani buat berani tanggung la ye dak. Cemane pun, maybe kalau sekarang ni aku takde la skema camtu kot. Ye la masa tu kanak-kanak baru belajar lagi kan. 

Maybe lunch aku pun turns out camni haritu. ;p

Alamak, aku dah nak berenti tulis tapi kenape la diakhiri dengan kisah sedih ni... heheh.. 

Tapi takpe la, at least masa last day keje, aku hepi la jugak boss bagitau yang aku buat keje lebih baik dari yang die expect. Erm tapi kan aku tetap rase sangat bersalah sebab banyak gile mengabiskan duit kompeni akibat sangat selalu gile laa.. salah print kertas. Bile salah print je, mesti die geleng kepala. Tu yang dia nampak, yang aku sorok tak kira lagi tuh. Heheh. 

Hurm.. kalau ikutkan memang banyak je lagi yang aku nak citer, tapi cukup la sampai sini je ok~ Kalau nak cakap pasal semua apa yang jadi sepanjang sebulan setengah ni, memang boleh buat satu buku kot. Hehehe... 

Anyway thanks for reading. ^_^


Thursday, March 24, 2011

Mari belajar makna bacaan dalam solat

Kita solat 5 hari sekali, eh 5 kali sehari, ;p (joking jerr) tapi kita pun tak berapa nak tau apa yang kita selalu ucapkan sepanjang solat kita tu kan. Hopefully bila dah tau maksud bacaan solat, lepas ni solat kita akan lebih khusyuk dan sempurna.. ^_^


Takbiratul Ihram


Allah Maha Besar


Doa Iftitah


Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan Ketika Rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Wednesday, March 23, 2011

only God knows who is better

Assalamualaikum kekawans~ Heheh tengkiu sudi bukak blog aku ni walaupun dah lama takde update. Hehehe... Ok tak perlu nak bebel kenapa dah lama tak update bla.. blaa.. macam la orang nak tau sangat kan. Ekceli kali ni aku nak ajak korang berfikir pasal something yang sangat la kita selalu tak sedar. Mari muhasabah diri sikit di akhir bulan Mac ni ye~ :p "Aku takpe lagi, muhasabah kemudian pun takpe. Si tut tu ha.. tak reti-reti nak insaf dok pegi clubbing hari-hari. Entah semayang ke tak", kata sesorang bukan nama sebenar. (Aku reka je ayat nih). Tapi walaupun aku reka ayat ni, mesti korang pernah jumpa orang macam ni kan, kan. Maksud aku, orang yang hanya tahu memandang dosa yang orang lain buat. Ditambah pulak difitnahnye orang tu tak semayang. Dosa sapa la yang lagi besar agaknye kan. 

Memang la sebagai orang islam, kita disuruh 'amar makruf nahi mungkar' which is menyuruh yang baik dan melarang yang buruk. Kalau tak mampu melarang dengan tangan, melarang dengan lidah. Kalau tak mampu dengan lidah, melarang dengan hati. Tapi kebanyakan orang selalunye dah la tak melarang langsung, pastu pegi bercerita pulak dengan orang lain. Konon-konon concern tapi hakikatnya kita cuma terpedaya dengan tipu daya syaitan semata-mata. Jadilah mengumpat yang selalunya concluded with some stupid speculations in the ending, atau lebih tepat lagi memfitnah.  Astaghfirullahal'azim.. semoga Allah ampunkan dosa kita selama ni.. Huhu.. Ni la namanya menyelam sambil minum air. Buat dosa menggunakan dosa orang lain. Best tak analogi aku? Hehe. Ok ni bukan kelas bahasa melayu. take it easy bebeh~



Bak kata Dr. MAZA dalam satu ceramah dia, ramai orang yang asyik cakap pasal perempuan tak tutup aurat, tapi hakikatnya lebih banyak lagi perbuatan yang dosanya jauh lagi besar dari tu. Contohnya macam riba and rasuah. Tapi bukan la maksudnya boleh pandang ringan pasal dosa-dosa yang kecik, cuma selalunya kita ni cepat melatah. Selalu menilai orang lain berdasarkan luaran. Orang yang tak tutup aurat terus dilabel buruk, tapi confirm ke kalau orang tu tak tutup aurat, maksudnya dosa dia lagi banyak dari orang yang bertudung labuh? Bukan hak kita nak merendahkan martabat orang lain berdasarkan dosa yang dia buat. Be more concern about your own pahala and dosa before intefering about other's. Tapi sebagai muslim ofkos la kita kite tegur kalau orang lain buat salah. Cuma jangan sampai salah sendiri pun tak sedar. Betul tak?

Cakap pasal isu ni, aku selalu heran dengan keje wartawan, especially wartawan hiburan kat Malaysia. Semata-mata nak cari berita meletup lagi kontroversi, diorang tak habis-habis bercakap pasal artis seksi la, artis bercerai, artis bergaduh. Dari benda tu takde orang tau langsung, sampai jadi isu besar. Mengaibkan orang lain tu lagi teruk lagi sebenarnya kan. Dan benda ni jugak menggalakkan kita mengumpat artis plus mula la kita speculate macam-macam pasal orang tu. Tak pasal-pasal aku dah buat dosa dengan Fasha Sandha. Ceruk mana la aku nak cari dia nak mintak maap sebab selalu sangat3 dok mengata dia. Heheh. Tapi bila wartawan ni dikritik, alasan yang selalu diorang kasi, nak jaga periuk nasik. Tapi bukan ke better kalau periuk nasik kita ni dipenuhkan dengan sumber yang yang baik. Ok sekarang bukan aku nak mengumpat wartawan, tapi nak kasi contoh yang lagi clear pasal menda ni. Huhu.. Jadikan sebagai pengajaran orait~