Thursday, October 7, 2010

"Muka Buku"











Bukannye muka orang tu macam buku. Melampau la, keturunan ape plak tu. Facebook la, ape lagi. Hehe. Hurm..sekarang ni facebook atau muka buku nih dah jadi sebahagian dari hidup kita kan. Kadang-kadang bila tengah excited sangat mengadap facebook tu, tak makan pun boleh hilang rase lapar, mengantuk pun boleh ditahan-tahan. Mandi pun tak basah, eh tipu tipu. Hehe. Dah kene air basah la, over sangat kan. 




Dasyat betul cinta kita pada webpage networking yang satu ni kan. Kalau boleh kite nak bawak laptop ni pegi kelas, cafe, toilet. Adoi outdated plaks, henpon pun boley kot. Bawak laptop yang berat tu cari hape. Haha. Ye la seronok kan kat facebook macam-macam ada, dapat info itu ini. Gurau dengan kekawan, bertukar pendapat, melepaskan geram, meluahkan perasaan kasih sayang. "Aaa die macam tu", bak kate Dr. Shahir ye kanak-kanak civil kelasku sekalian. Ngeee~

Yup, ini la hiburan nama die. Facebook ialah satu cabang hiburan yang baru untuk kebanyakan dari kita sekarang ni, selain tengok movie, dengar lagu dan main game. Kita bukak facebook sebab rasa seronok dapat communicate dengan satu dunia tanpa batasan. Jumpa kawan lama, berkenalan dengan orang baru, boleh stalk macam-macam orang..(aku tak buat ye) Haha. Pastu kita share gambar, share video, share info, share pendapat dan macam-macam lagi la. Kuiz dah macam-macam jenis pulak tu. Ada jugak orang addicted main game kat facebook. Tapi aku tak tau la nak komen ape, sebab tak pernah pulak main. Hehe. 

Ok, sekarang ni pasal budaya share-mengeshare (kongsi sudeyh). Hurmm.. kita bebas share macam-macam kat facebook, kan. Takde sapa yang halang. Kita selalunya akan share apa saja yang kita rasa menarik, sama ada just for fun ataupun info yang betul-betul berguna untuk orang lain.  





Hurm.. bila kita share something just for fun, contohnya video klip terbaru girl group korean kan. Bangga siot, aku orang first find out MV nih. Kita pun letak la kat wall, kasi semua orang tengok. Peminat-peminat girl group tuh akan berpusu-pusu meninggalkan bermacam-macam komen dan share kat wall diorang pulak. Excited habis. Boleh bayangkan tak? Hehe. Soalnya kat sini, pernah tak kita kaji apa impact tindakan kita tu kat orang lain. Girl group korea, tau je la kan. Skirt dah pendek habes, menari macam-macam gaya ada. Untuk lelaki, tak tau la apa perasaan diorang tengok perempuan-perempuan yang seducing habes tu. Tak berani nak cakap, sebab aku bukan lelaki. Tapi fikirlah sendiri. Dengan tak berniat apa-apa, dan bukan bermaksud pun nak buat macam tu, kita menyumbang kepada dosa, kawan-kawanku. Dan dengan tersebar benda yang tak elok tu, rantaian dosa kita cemana ye kawan-kawan...Kita sendiri pun takkan dapat trace berapa ramai orang yang spread video tu entah ke pelusuk mana. I've been there once. And I regret that very much. Aku bukan nak tujukan kat sape pun, tapi ni realiti yang kita kena terima.








Tadi tu sharing just for fun, dan sekarang pasal sharing info berguna untuk orang ramai. Hmm.. bila kita dapat tau tentang sesuatu benda tu, selalunya kita memang eager sangat nak kasi tau orang lain. Dan kita letak caption "Read this", "Watch this" ataupun apa-apa je la yang menggalakkan orang baca atau tengok. Ye la penting tu, memang kene share sebab kita zaman sekarang ni macam-macam hal. Tambah lagi untuk orang Islam. Banyak betul isu pelik-pelik timbul baru-baru ni kan. Dan info tu pun tersebar dengan luasnya. Ini pun salah satu benda yang bahaya jugak sebenarnya. Niat kita, nak share benda yang baik. Nak kasi kesedaran kat orang lain. Tapi, kadang-kadang kita terlepas pandang certain benda yang ada info salah, dan tak diketahui sejauh mana kebenarannya. Banyak sangat 'conspiracy theorist' sekarang ni, jangan tak tau. Benda kat internet nih bukan semua boleh serap 100%. Sebaik-baiknya mintak dulu pandangan orang yang lebih arif dalam bidang tu dulu sebelum kita percaya sesuatu info yang kita dapat. Memang rasa macam menyusahkan, tapi hakikatnya memang bahaya kita share info yang kita pun tak tau betul ke tak. Nanti benda yang salah dah tersebar merata-rata, lain pulak jadik kang. Hurm tu la bak kata Dr. Shark, (lecturer kite ye kanak2 civil) cara kita dibesarkan pun memang tak berapa menjurus ke arah keagamaan sangat, hadith pun tau sikit-sikit. Tafsir Quran pun sama, kan. Berapa kerat sangat la yang kita pernah tau maksud dia. Huhu. Jadi kena la cari inisiatif untuk memantapkan ilmu  supaya kita berfikiran lebih smart tentang agama kita sendiri.







Okeh, baca sikit lagi ye. Dah bosan ke? Ada orang cakap aku suka tulis entri panjang-panjang. Haha. Tapi nak wat camana, aku kan suka membebel. Heheh. 

Kalau korang login facebook, apa yang korang suka buat dulu ek? Kalau aku, suka baca status orang. Ye la terhibur gak kekadang. Macam-macam kan, yang orang tulis. Kekadang kelakar, kekadang berguna jugak. Menyampah pun ade, ye la bende kecik pun nak share. Ape die buat setiap sejam nak update. Kalah artis gittew~ Dekat 'Home' penuh update die je kan. Tak kasi can orang lain. Haha. Isk kutuk orang bukan main ye, kau pun sama je hokeyh. Hurm tapi dah dia tanya kita "What's on your mind?", so kita share je la apa benda je yang ada dalam kepala ye dak. Aku pun memang suka merapu kat bahagian status tu. Haisy... 








Alangkah bagusnya kalau kita gunakan peluang ni untuk memberi pandangan tentang sesuatu benda yang berguna contohnya hadith atau quote yang boleh motivate diri kita dan orang lain jugak. At least kita boleh kasi benefit kat orang lain. Kan? Mana la tau ada orang dapat kesedaran dengan apa yang kita tulis tuh, walaupun hanya sebaris ayat.. Hurmm.... itu pendapat aku la, nak setuju pun boleh, kalau taknak ape aku boleh buat pun. Aku pun insan yang lemah, so kalau aku buat benda yang tak betul, sila tegur ye. 


May Allah bless us all~ 


*Psstt...thanks Google Image for providing me so much facebook images. :p