Wednesday, September 29, 2010

Lompat Kelas: Behind The Scene


Bak kata Cikgu Ramli, "Dia ni masuk kelas bukannya jalan, dia lompat". Haha kelakar betul teringat cikgu tu, dah la siap buat gaya melompat sekali. Pastu selalu cakap dia miskin, gaji sebulan just RM250, tapi dia ada rumah bungalow, padahal rumah guru yang kat depan sekolah tu je pun. Hurm... tak habis-habis buat kelakar. Tapi rasannya dalam kelas tu, at least sorang akan percaya yang gaji dia RM250, sebab aku pun hampir-hampir. Nasib baik aku balik tanya bapak aku. Hahaha... I was just too lucky to have that guy as one of my teacher during that good old days. Huhu. Dia mengajar subjek Bahasa Melayu masa aku darjah 5 ngan 6 lepas aku masuk kelas dengan 'melompat', bukan berjalan. Heheh.




Apart from above story, there is another thing that is really really really interesting to share, pasal kisah cemana aku boleh lompat kelas. Memang geli hati sangat bila teringat. Kuikuikui..

Untuk sesiapa yang tak tau apebende la lompat kelas tu, meh aku explain sikit. Hurm, camni, masa tahun 1996 sampai 2000 kalau tak silap, kerajaan buat satu exam untuk student darjah 3 yang dipanggil Penilaian Tahap Satu (PTS). Exam ni basically akan tanya soalan-soalan yang mencabar IQ la.. pastu sesapa yang pass exam ni akan ditawarkan untuk pegi darjah 5 terus, takyah masuk darjah 4 sebab katanye budak yang betul-betul genius je akan dapat jawab soalan PTS ni. Kerajaan yang kata okeh, bukan aku kata. Hehehe.





Jadi masa tahun 1998, aku dan kawan-kawan darjah 3 pun amek exam ni. As a result, 4 out of the whole Standard 3 students at my school were receiving 'lompat kelas' offer. Ramai jugak tuh. Aku salah sorang. Liyana, Zaidi ngan Hanafi pun pass PTS. Masa tu lepas dapat je result, memang aku happy tak terkata. Sebab masa sekolah rendah dulu, aku ni memang education freak. Apa je exam yang aku jawab, aku nak cemerlang! Haha..skema gile la kesimpulannye. Pastu memang aku nak pun lompat kelas ni. Jimat masa, bak kata sorang cikgu masa darjah 3. Tapi malangnya, dalam 4 orang tu, rupanya aku je yang terkedek-kedek nak pegi darjah 5, yang lain buat keputusan untuk tolak tawaran tu. Huhu. 

Kat bawah ni gamba kelas aku masa darjah 3, kelas 3 Kejora. Dikelola (cewah) oleh Cikgu Norzul'ain.


Baris 3 dari kiri: Azmi, Mustain, Hanan, Sham, Caun, Fadil, Akmal, Zaidi, Pa'e
Baris 2 dari kiri: Tikah Osman, Dani, Azmira, Azimah, Aini, Liyana, Nazatul, Tikah Johar, Syuhada, Sheda, Dayah, Rahimah.
Baris 1 dari kiri: Solehah, Herni, Shimah, Rosma, Cikgu Norzul'ain, Munir, Najmuddin, Sabri, Hanafi



.....back to the story........

Parents ngan adik beradik aku memang encourage aku sangat-sangat suruh aku lompat kelas. Tapi psychology aku pun dah ter'affected' sangat-sangat mengenangkan kawan-kawan aku yang lain menolak tawaran yang berharga itu. Mengamuk, nangis-nangis aku gaduh ngan parents sebab paksa aku lompat. Ye la ingat senang nak tinggalkan kawan-kawan pastu nak kene masuk kelas senior. Cikgu ada kasi satu borang suruh isi nak terima offer ke tak. Hurm semua details dah isi, cuma satu part je tak isi lagi. 

'Saya menerima/menolak tawaran ini'. (potong yang tidak berkenaan).

Haa... tu la part yang mengambil masa beberapa hari untuk diisi. Hahaha... Lepas penat gaduh ngan parents, dan bengang sebab kawan-kawan semua taknak lompat, aku pun amek form tuh dan potong yang tak berkenaan. Hasilnye,

'Saya menerima/menolak tawaran ini'. (potong yang tidak berkenaan).





Ok, aku pasrah je. Aku decide taknak lompat kelas, from the deepest of my heart. Full stop. Aku bawak form tu pegi kelas untuk submit kat Cikgu Norzul'ain, selaku cikgu kelas aku masa tu. Sampai je kat kelas, aku letak form tu atas meja aku. 

Tiba je masa Cikgu Norzul'ain nak collect borang tu dari aku, borang tu dah takde atas meja! Mane pulak la hilang ni. Puas aku cari bawah meja, dalam beg, tapi still tak jumpa. So, cikgu tu suruh hantar borang bila dah jumpa nanti, as soon as possible. 

Dalam masa yang sama, abang sulung aku, another education freak (Haha) balik rumah. Masa tu dia belajar kat Universiti Utara Malaysia (UUM), dia balik holiday. Dia la orang yang paling semangat encourage aku bab belajar-belajar ni. Abang aku bawak balik hadiah seutas jam tangan yang mahal sempena keberjayaan aku pass PTS exam. Pergh... meleleh air liur tengok jam tu. Tapi dia taknak kasi, sebab parents aku bagitau dia yang aku tolak tawaran. So abang aku yang kejam ni kasi aku syarat, "Kalau nak jam ni, lompat kelas dulu". Adoiii sedih betul la. 





Tapi masa tu borang pun dah hilang, tak tau nak cari kat mana. Memang aku yakin aku bawak pegi sekolah, tapi taktau camana boleh takde. Pastu abang aku terfikir untuk fotostet borang kawan aku, Hanafi (sebab dia sorang je tak submit lagi) dan isi form tuh tanpa aku boleh buat apa-apa. Aku pun redha je, sebab nak dapat jam. Haha. Yang kelaka, dah la Hanafi dah isi complete form tuh. Abang aku dengar tegarnye siap liquid semua details pastu fotostet, isi borang tu untuk aku. Bertukarlah statement agung itu menjadi,

'Saya menerima/menolak tawaran ini'. (potong yang tidak berkenaan).

Patutnye statement tu kene tukar sikit,

'Abang saya memaksa saya supaya menerima/menolak tawaran ini'. (potong yang tidak berkenaan). Haha~

Hurm... so jam cantik itu menjadi milik aku. Kekeke.. eh kalau orang dewasa pun boleh terpedaya tau dengan tipu helah camni. Ok, the form is ready to be submitted.

Dengan jam baru, aku pun submit borang yang mengubah nasib aku tu kat Cikgu Norzul'ain. Masa tu time kelas last sekali kalau tak salah. 

Lepas submit form tu, semua orang kemas-kemas beg, nak balik. Budak bertuah depan aku, Mustain tetiba keluarkan satu kertas dari beg dia yang macam aku kenal je rupa kertas tu. Yes, that is the lost form. Kene amek ngan Mustain rupanya. Siooottt!! (Tapi masa tu tak reti ckp 'siot', cuma geram gila je la). Aku mintak form tu dari Mustain, dan aku tergamam. Mustain pulak blur je. Nak buat ape lagi, nasi dah jadi bubur. Takkan la nak pegi tukar form pulak. Jap gi kene pulangkan jam lagi. Haha.... 

Soalan cepu emas untuk Mustain, ko memang berkomplot ke nak kenekan aku?


Haihh..wonderful story, right? Peristiwa ni aku takkan lupa sampai bila-bila.. Moral of the story, Tuhan tau apa yang terbaik untuk aku, Alhamdulillah... (^_^)






2 comments:

  1. sapa nama abang kamu tu shimot? knp dia begitu kejam pd kamu...klu aku jumpa dia..aku sekeh2 kepala dia tau. sampai ati dia buat hang mcm tu.

    ReplyDelete