Wednesday, September 8, 2010

Manfaat Berpanjangan Berlipat Ganda

Disebabkan kesepian yang melanda rumahku walaupun baru pukul 12 tgh mlm (baru pukul 12?) hehe aku memilih untuk mengepost topik baru di blogku yang juga lama sudah sepi. Isk ape ni sehari lagi nak raya tapi rumah sunyi sepi. Hurm takpe aku akan meriahkan blog ni malam ni. Haha. Takde la meriah sangat sebenarnye tapi just nak share something pasal tazkirah yang aku dengar masa lepas terawih tadi. Haa.. baca sampai habis, asal tazkirah je nak lari. ;p

Alhamdulillah, kat Jengka 19 ni still ada orang yang berbakat kasi tazkirah dengan best, tak jemu pun. Tapi cuma masalah dia anak sedara aku pulak kain pelikat die terlondeh, sebab masa orang kasi tazkirah die gi lari sana sini. Terpaksa la aku pegi tolong betulkan kejap. Sabar je ler. Haha kelakar betul budak sorang tu. Hurm, ok balik pada isi kandungan tazkirah.

Ustaz yang kasi tazkirah tu mengulas pasal hadith yang kat bawah ni.

Nabi bersabda maksudnya: “Apabila mati seseorang insan, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan daripadanya dan doa anak soleh yang sentiasa mendoakannya.” (Diriwayatkan oleh Abu Hurairah)




Ulasan dia sangat la panjang lebar, tapi apa yang dia cerita tu, sangat penting untuk kita tau. Unik sangat cerita yang dia kasi. Jadi aku pendekkan cerita panjang lebar tu jadi beberapa kategori seperti di bawah;


1. Kenduri tahlil

Bila parents kita mati, sudah tentu kita akan buat kenduri tahlil. Kalau kita tak buat, orang sekeliling akan bercakap, sebab kenduri tahlil ni dah jadi kebiasaan bagi orang Melayu. Tapi, jom kita refer balik kepada satu kisah masa zaman Rasulullah dulu, iaitu apa yang terjadi selepas perang Muktah kalau tak silap. Dalam perang tu, Saidina Jaafar yang memegang panji-panji Islam telah mati syahid. Lepas tu Rasulullah sendiri suruh orang lain sediakan makanan untuk keluarga Saidina Jaafar yang sedang bersedih hati. 


Apa yang nak disampaikan dari kisah ni, jangan la kita mengata orang yang tak buat kenduri tahlil bila ada kematian, sebab sepatutnya kita yang patut buat untuk diorang. Ustaz tu kata lagi, sebaik-baiknya, keluarga si mati gunakan la duit budget kenduri tahlil dia tu untuk sesuatu yang boleh memberi faedah berpanjangan, di mana pahala si mati dalam kubur juga akan berterusan sampai bila-bila. Contohnya, kita sedekahkan duit tu untuk beli peralatan masjid, dan niat untuk si mati tadi. Selagi peralatan tu digunakan, selagi tu la dia akan dapat pahala. 

Ok, apa pulak beza dengan kenduri tahlil, kasi orang makan pun dapat pahala, orang ramai-ramai tahlil untuk si mati pun dapat pahala. Tapi kalau kita kaji balik hadith tadi, Rasulullah kata, 'anak yang soleh yang berdoa untuknya'. Masa kenduri, semua orang sibuk bertahlil, sedangkan si anak sedang sibuk uruskan kenduri. Bukan ke doa si anak itu yang lebih penting? Dan bila orang ramai dah balik, tamatlah di situ sahaja. Jadi, bukan ke lebih baik kalau kita guna duit tadi untuk faedah yang berpanjangan, di mana berkali-kali ganda manfaat yang kita boleh bagi kepada si mati. Tapi, tak menjadi masalah kalau nak buat kenduri tahlil, in case kita ada budget lebih apa salahnya kan.


2. Perbuatan baik dan buruk

Kalau kita buat baik, kita dapat pahala. Kalau kita buat benda buruk, kita dapat dosa. Tapi macam mana pulak kalau ada orang yang terikut-ikut dengan perbuatan baik buruk kita tu? Agak-agak, kita ada share sekali tak? Hurm.. maybe ada yang tak tau, atau buat-buat tak tau. Jadi aku nak bagi tau. Penting ni. Sebenarnye kalau kita buat sesuatu yang baik dan ada orang yang terpengaruh dengan perbuatan baik kita, bergandalah pahala kita. Jadi jangan la takut nak buat baik. Dan pulak kalau kita buat sesuatu yang buruk dan ada orang terpengaruh dengan perbuatan buruk kita, berganda jugalah dosa kita. Haisyy ni memang bahaya. Macam mana pulak kalau ada orang yang ikut orang yang ikut kita buat jahat? Berganda-ganda-ganda lah jadinya. Berhati-hatilah untuk buat sesuatu yang buruk, sebab mungkin kita berpotensi dapat dosa berpanjangan sampai akhirat la agaknya. 


Contoh ustaz tu yang paling best, bila parents tengok AF (Akademi Fantasia) di rumah dengan anak-anak. Parents is the best guide for children, kan. Of course, anak tu rasa parents dia sokooong dia tengok AF, sedangkan berapa banyak maksiat yang ada dalam rancangan tu. Ambik calculator, korang kira la sendiri. Belum campur lagi dengan rancangan tv lain, ye la zaman sekarang mana ada lagi rancangan tv yang boleh bawak pahala, melainkan kalau tengok astro oasis 24 hours.


3. Solehkah anak kita?

Dalam konteks audience tazkirah ni, aku la anak yang dipertikaikan tu agaknya. Ya Allah betapa aku telah mengabaikan tanggungjawab ni.  Bagi sesiapa yang dah kehilangan parents, ingat la yang kita ni harapan si mati untuk meringankan azab seksa kubur parents kita. Kalau kita taknak jadi anak yang soleh, jangan lupa yang kita sendiri pun akan mati dan mengharap doa anak kita yang soleh. Bukan kawan, bukan sedara mara, tapi ANAK. Aku tak layak nak cakap benda ni, tapi aku nak sangat meringankan beban arwah. InsyaAllah... Untuk membuka mata kita semua, ustaz tu ada bagitau pasal statistik dari Dato' Dr. Fadzilah Kamsah pasal solat. Dia cakap, hanya 20% Muslim kat Malaysia ni yang consistent dalam solat. Jadi, kat mana la kita agaknya kan. Berusaha la supaya kita akan menyumbang mengurangkan 80% tu. Huhu..






"Sebaik-baik manusia ialah mereka yang hidupnya sentiasa memberi manfaat kepada orang lain."

Semoga post kali ni bermanfaat. Kalau ada tersalah info kat mana-mana, sila betulkan ye. Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin!


No comments:

Post a Comment