Sunday, March 27, 2011

kisah seorang budak blurr~

Hurm... selepas sekian lama aku macam asyik tulis entri ala-ala perunding motivasi, kali ni nak bercerita la pulak. Dah lama tak mengimbau kenangan lama. Di saat dah berape bulan je lagi aku nak grad and nak cari keje, teringat la pulak aku zaman keje time lepas SPM dulu. Hihi.. Memang kelakar la bila teringat benda-benda lepas ni, because people change over time kan. Dulu lain sekarang dah lain, kata Dato' S.M Salim.

Segalanya bermula apabila aku dikejutkan dengan satu berita. (ade bakat tak nak tulis novel? kikikii) Isk, memain plak. Erm, camni sebenarnye. Masa lepas SPM kan asyik dok makan tido je kat rumah, kakak ipar aku tanya la kalau aku teringin nak keje, sebab ada kerani cuti bersalin kat kompeni yang dia keje. So just keje untuk sebulan setengah camtu je la. Jadi aku dengan penuh excited, memang teringin sangat la sebab dah takde ape nak buat kat rumah masa tu kan. Aku pun pergi ke bandar kelumpo untuk mencari sesuap rezeki. Hehe. 

Kat KL, aku dok kat rumah sewa sekali dengan kakak aku yang keja nurse kat PPUM masa tuh. Rumah sewa dia tu kat sebelah station Universiti (Putra LRT) and dalam rumah tu dah ade 8 orang, so aku datang untuk menyempitkan lagi rumah tersebut. Heheh. 

Gambar saye dan kakak masa kecik. Haha~
(Sekadar gambar hiasan)

Berbekalkan result PMR (sebab result SPM tak keluar lagi) dan baju kurung yang sopan aku pun pegi la interview keje tu. Kompeni tu buat IT consultancy, ofis die kat Desa Pandan masa tu. Wah, bayangkan baru je keluar sekolah dah pegi interview keje. Nervous tak hengat! Still terasa lagi sampai sekarang. Ngehehe~ Yang interview tu boss die perempuan, seorang yang serius dan tak pandai bergurau. Aku ni pulak kanak-kanak yang baru nak mengenal erti bekerja di kota raya. Bagi aku, memang die amek risiko yang besar bila amek aku keje. Sebab ape? Ni la yang nak citer ni. (cer ceghite, cer ceghite~~ kate usop sambil melenggokkan tangan ke udara) 

Part 1: Kisah gaji dan bas

Back to the story. I got the job, with RM500 salary per month. Sikit je kan. Alasan die sebab aku ni takde pengalaman dan die kasi aku keje pun just for the sake of nak kasi aku belajar. So aku accept je la keje tu...takkan nak lari balik ke pahang pulak. Tapi lepas balik rumah, kakak aku yang tak berapa berpuas hati dengan gaji aku yang terlalu sikit untuk menampung kehidupan di kelumpo menasihatkan aku untuk meminta gajiku dinaikkan sedikit. Ye la, nak g keje kene naik LRT+bas, sewa rumah, makan etc... Mana la cukup.. (Maybe kakak aku takut kalau nanti aku asyik pau die je. Kekeke~)

So, untuk mengurangkan beban di masa akan datang, I gathered all my courage to call that boss, asking for a salary raise. Hahahaa... memang muka tebal betul la kan, belum start keja lagi dah mintak nak gaji! Tapi nak buat cemana memang terpaksa la, sebab memang RM500 tu sikit sangat. Nasib baik la boss aku tu baik, die kasi la naik jadi RM600. Ok la, dari tak dapat. :P




Peristiwa first day keje merupakan kenangan yang sangat tak boleh lupa. Aku ni dah la datang dari kampung, tak biasa ngan bas+LRT kat KL. Kakak aku pulak keje hari tu, so aku kene pegi keje sendiri! sekali lagi perasaan nervous melampau melanda diriku. Heheh. Aku kena masuk keje pukul 8.30am, tapi pukul 7.00am dah keluar dari rumah berebut naik LRT, turun kat Jelatek pastu kene naik pulak bas dari Jelatek untuk pegi ofis. Memang.. cabaran. sebab aku sangat blur dan culture shock. Huhu.

Tapi.. bila aku naik bas dari Jelatek nak pegi ofis, aku sangat pelik kenapa la.. bas ni tak lalu pun ofis aku. Bila dah lama sangat dok dalam bas dan rasa macam ada yang tak kena, aku pun call kakak ipar aku tanya apesal bas ni tak lalu ofis. Di saat jam dah pukul 8.15, 15 minit je masa tinggal nak masuk ofis first day, baru la aku tau yang aku salah naik bas. Haru betoi laa.... first day excitement decreased to negative. So hari tu pukul 8.45 baru aku sampai ofis. 15 minutes late! Aku memang malu sangat dengan boss aku sebab baru je sebelum ni yo yo 'o mintak naik gaji tapi datang keje lewat. Adusss~~

Dengan mebuat muka 'saya masih kanak-kanak baru belajar', aku kuatkan hati untuk tidak terlalu banyak berfikir tentang perkara tersebut dan bermula bekerja sebagai seorang kerani. Cewah~ hehe.. 

Isk.. panjangnye citer aku nih. Mesti bosan kan. Sorry kalo aku syok seniri tapi aku tetap nak syok seniri jugak. Heheh. Ye la tadi baru part 1, sekarang nak masuk part 2 plak. keh3



Part 2: Kisah diperli kerana terlalu skema

Keja kat situ, aku ni takde la reti sangat nak bergaul dengan staff-staff lain sebab diorang memang asyik busy dengan keje diorang dan aku plak keje memang bertimbun tak hengat la. Kene call orang datang interview, buat surat, call orang sana sini, macam-macam la dan yang paling interesting untuk nak dicerita kat sini, aku kene buat attendance report untuk semua staff. Ni.. sangat.. kisah yang sedih. Uhuu~

Bila masuk keluar ofis termasuk datang keje atau pegi lunch, kitorg akan scan kad masing-masing kat pintu, so semua orang ade rekod keluar masuk ofis. Dan ade la time limit boleh masuk keluar pukul berape, berape lama, etc. 

So suatu hari ni, boss suruh aku buat report pasal staff yang datang lewat dan keluar ofis exceeding time limit. Then aku buat je la, tak kisah la lambat datang 2 minit ke setengah jam ke, semua aku include je la dalam report tuh. Tapi tak sangka la pulak rupanya boss pegi forward report tu kat semua staff, dan ramai la jugak orang tak puas hati dengan 'pembuat report' tersebut. Aku la tu. Sedih gile sebab aku kene perli ngan diorang masa lunch. Dah la aku jarang gi lunch ngan diorang, pastu kene perli la pulak. Adoii tapi sebenarnye aku tak salah pun. Berani buat berani tanggung la ye dak. Cemane pun, maybe kalau sekarang ni aku takde la skema camtu kot. Ye la masa tu kanak-kanak baru belajar lagi kan. 

Maybe lunch aku pun turns out camni haritu. ;p

Alamak, aku dah nak berenti tulis tapi kenape la diakhiri dengan kisah sedih ni... heheh.. 

Tapi takpe la, at least masa last day keje, aku hepi la jugak boss bagitau yang aku buat keje lebih baik dari yang die expect. Erm tapi kan aku tetap rase sangat bersalah sebab banyak gile mengabiskan duit kompeni akibat sangat selalu gile laa.. salah print kertas. Bile salah print je, mesti die geleng kepala. Tu yang dia nampak, yang aku sorok tak kira lagi tuh. Heheh. 

Hurm.. kalau ikutkan memang banyak je lagi yang aku nak citer, tapi cukup la sampai sini je ok~ Kalau nak cakap pasal semua apa yang jadi sepanjang sebulan setengah ni, memang boleh buat satu buku kot. Hehehe... 

Anyway thanks for reading. ^_^


3 comments:

  1. huhu tak sangka betoi ang pnh keja kat situ..

    ReplyDelete
  2. salam..zaimah ni..ingat lagi?mehla datang umah cuti2 ni

    ReplyDelete
  3. shima.. nice blog..
    nk cdgnkan: letak shout box.. senang nak menjerit..(senang nk bertegur sapa) hehe2..
    mine : cahaya-alhamdulillah.blogspot.com

    ReplyDelete