Monday, August 30, 2010

'Self-righteous'

Semua orang hidup dalam masyarakat atau komuniti, kan. Melainkan orang tu tengah mendaki Gunung Everest seorang diri. Tapi tu lain cerita la. Lagipun balik nanti pun dia still akan balik kepada keluarga dia, kawan-kawan dan rakan sekerja. Jadi, semua orang tak terkecuali dari hidup bermasyarakat. Hurm.. apa kaitan dengan Gunung Everest pulak? Takde kaitan sebenarnya.. hehe... tajuk utama kita 'Self-righteous', bukan cara-cara mendaki Gunung Everest, ok?


Dalam sesuatu komuniti atau masyarakat ni, macam-macam perangai orang kita jumpa kan. Ada baik, ada nakal, ada garang, ada pendiam, ada kecoh, ada suka gelak, ada yang membawa diri sebab merajuk akibat kena buli. Itu la sifat manusia, kalau tak, mesti la boring. Ini la keseronokan hidup bermasyarakat. Dengan bermacam-macam perangai orang, kita belajar menilai diri sendiri. Dan bukanlah hanya pandai menilai orang lain, seperti kitalah yang paling sempurna. 

Fitrah manusia, kita memerlukan satu sama lain. Jadi, kita juga perlu  menghormati semua orang di sekeliling kita dan yang paling penting, kita menjaga hak setiap orang seperti mana kita menjaga hak kita sendiri. Apa maksudnya tu? Adakah bermaksud "barang dia barang aku, barang aku barang dia", ataupun "makanan dia, makanan aku jugak". Hurm ye ke macam tu. Setiap daripada kita bertanggungjawab menjaga hak orang lain, jika mahu hak kita terpelihara dengan baik. Berdasarkan pemerhatian secara general, kita boleh bahagikan isu 'penjagaan hak' ni kepada beberapa bahagian;

1. Menjaga perasaan satu sama lain
Jika kita mahu diterima dengan baik dalam sesebuah masyarakat, adalah sangat penting untuk kita menjaga perasaan orang lain. Tak kira la orang tu miskin atau kaya, cantik atau hodoh, pandai atau bodoh, semua orang berhak diberi layanan yang baik. Sebagai manusia, mungkin kita selalu terlepas pandang. Kadang-kadang, disebabkan seseorang tu mempunyai kurang kepentingan dalam hidup kita, orang tu dilayan dengan  kasar. Tapi bila nak mintak tolong, nada suara kita yang dulunya lantang pun dah jadi lembut. Muka kita yang ngeri dah jadi comel macam kucing. Nasib baik la orang tu jenis yang tak simpan dalam hati dengan apa yang kita dah buat kat dia dulu. Memang besar tanggungjawab menjaga perasaan ni sebenarnya, tambah lagi kalau kita ni jenis yang panas baran, lepas tu pulak tengah stress memikirkan macam-macam masalah. Masa tu la selalunya kita akan cakap "Suka hati aku la", "Lantak kau la, peduli ape aku". Ini la self-centered namanya. Perkataan macam tu memang jadi favourite sesetengah orang, tapi memberi kesan mendalam kepada orang yang mendengar, dan menjadikan orang tu semakin jauh dengan kita. Kalau berperangai macam ni, jangan la pelik kalau tetiba je orang sekeliling macam suka mengelak dari kita, dan kita rasa macam dipinggirkan. Sebenarnya benda tu punca dari diri kita sendiri.



2. Sensitiviti terhadap kepentingan orang lain
Kalau kita rasa diri kita penting, perasaan kita penting, barang kita penting, sama la dengan orang lain jugak. Setiap orang ada kepentingan masing-masing kan, sama ada berbentuk objek atau sesuatu yang tak boleh dilihat. Hurm susah jugak ek nak cakap pasal benda ni. Heheh. Pening pulak aku fikir.

Macam ni la contohnya :

Rozie dah lama teringin nak beli roti butterscotch. Tapi, duit scholar dia bulan ni dah nak habis. Kalau beli roti butterscotch tu, dia terpaksa la skip lunch, maknanya dia dah gunakan duit lunch untuk beli roti tu.  Disebabkan keinginan yang tinggi, Rozie pun beli jugak roti tu dan pulang ke bilik. Semua orang nampak dia beli roti butterscotch. Lepas tu, Rozie makan roti tu sekeping je, sebab roti tu mahal, tak boleh makan banyak-banyak supaya boleh simpan lama sikit.  Suzie, kawan Rozie pun suka roti butterscotch jugak, tapi tak pernah beli roti tu sebab harga yang mahal. Katanya nak simpan duit untuk masa depan. Tak lama kemudian, roti butterscotch Rozie akhirnya di'pau' oleh Suzie sampai habis. Padahal, Suzie still ada banyak simpanan dalam bank, dan boleh beli selori lagi roti butterscotch. Tapi Suzie menggunakan peluang ni untuk baham roti Rozie, sebab  dia kata "Rezeki jangan ditolak". Hurm sadis kan cerita Rozie. Sebenarnya, biasa la kan, kita share makanan dengan kawan-kawan kita. Tapi untuk kisah Rozie ni, walaupun hanya roti butterscotch, adalah sesuatu yang penting untuk dia masa tu dengan keadaan kewangan yang dia hadapi dan jugak keinginan dia yang besar untuk makan roti tu. Suzie suka bila duit dia ada banyak dalam bank, tapi dia tak sensitif tentang isu kewangan orang lain.


3. Over-Self Protective
Aku tak sure perkataan ni ada dalam dictionary ke tak, tapi maksud aku dengan 'over-self protective' ni, bila seseorang tu terlalu mempertahankan diri dia apabila ditegur oleh orang lain. Setiap orang ada hak untuk menegur, bila ada sesuatu perkara yang dia tak puas hati. Tapi sikap over-self protective akan menyebabkan orang tu berdiam diri, dan terpaksa bersabar dengan sikap orang yang tak disenangi. Dan lebih teruk, mungkin juga mendorong orang tu untuk bercerita kepada orang lain atau istilah lain, 'mengumpat' yang dilarang keras dalam Islam.

Berbalik pada kisah Rozie dan Suzie;

Rozie dah tak tahan dengan sikap Suzie. Tapi Suzie ni jenis yang tak menerima pendapat orang lain. Apa je yang dia buat, dia rasakan betul. Mungkin bagi dia, takde sape yang layak menegur dia, tambahan lagi Rozie yang low standard tu. Rozie pun hanya mampu bercerita tentang kisah tak puas hatinya kepada Bedah. Secara tak langsung, Bedah pun tak pasal-pasal dapat share free-free je.

Bila ada yang tak berpuas hati dengan tindakan kita, mungkin orang takkan cakap, sebab dia nak jaga perasaan kita atau taknak kita melenting yang boleh menimbulkan pergaduhan. Tapi sebenarnya kalau ada orang yang masih mahu menegur kesalahan kita, itu bermaksud masih ada petunjuk atau hidayah daripada Allah. Tak guna kita jadi over-self protective. Jadi hargailah orang lain dengan menerima pandangan dan mengambil berat perasaan orang di sekeliling. Kita perlu memahami orang lain kalau kita nak orang tu memahami kita. Barulah boleh hidup dengan gembira. Heheh.

Ok la, cukup la tiga part ni je kot, untuk memberi kesedaran kepada kita yang kadang-kadang tak sensitif dengan isu macam ni. Sempena raya yang dah nak dekat, saya menyusun sepuluh jari memintak maap kalau pernah melakukan kesilapan, pernah terkasar bahasa ataupun menyusahkan sesiapa. Let's have a harmonious and peaceful community. (^^)

*Cerita ni imaginasi aku je. Kalau terasa nasib la. Sila jadikan pengajaran. Hehe.



2 comments:

  1. baguslah..shima dh insaf. syukur Alhamdulillah. Berkuranglah sikit org nak kutuk aku lepas ni...

    ReplyDelete
  2. best apa org kutuk. abg pon jugak dpt pahala. hehe. anyway mintak maap zahir batin kesalahan adikmu selama ni. huhu~

    ReplyDelete