Friday, August 13, 2010

Best ke Korean Series?

Hurm.. sebut pasal korean series, ade org terlebih excited, ade yg lain pulak buat muka menyampah. Tapi bagi aku, salah satu pengobat rasa bosan sudah tentunya korean series, specifically some of good korean series. Banyak jugak english series yang best, tapi ada masa-masa yang aku akan lebih prefer untuk tengok cerita korea. Hehehe.. Bagi aku, cerita korea ni macam perantaraan antara cerita melayu dengan english la. Best dari cerita melayu, tapi dari segi kehebatan teknologi dan idea tak la sehebat cerita omputih. Tapi kalau dah cerita omputih tu best sangat, kenapa lagi suka layan korea? Sebabnya... kebanyakan cerita korea ni more to asian culture, still ada adab dan budi pekertinye. kalau tengok pun tak sakit mata la kate orang (tapi kene pilih-pilih jugak. hehe). Cerita dia pulak selalunya banyak part kelakar yang bersahaja. Pastu hero dan heroin diorang good looking sangat. Haha.. ini la sebab orang pompuan suke sangat tgk cerita korea, mamat korea nih macam jejaka idaman la bagi diorang. Kalau cerita cintan cintun tuh, feeling giler la. Tapi.. kalau masuk part yang terlalu fantasi, naik meluat jugak kekadang. Kebanyakan cerita korea ni, menarik kat part awal, tapi turns out boring at the end part. Agak susah la nak jumpa yang betul-betul best dari mula sampai habis. Banyak jugak series yang tak habis tengok sebab terlalu bosan tapi ada jugak sesetengah tu best tapi tak dapat complete episod.

Jadi, apa la sangat yang orang boleh addicted sampai taknak tido tengok cerita korea ni? Sebenarnye, OST (Original Sound Track) drama tersebut sangat la memberi impak yang besar, tanpa disedari. Tak boleh disangkal, kalau cerita korea yg best-best tu, OST dia mesti best jugak kan? Lepas habis je tengok satu series tu, biasanya sampai sebulan jugak la aku akan repeat dengar OST die, sebab terlebih feeling. Lama jugak masa terbuang untuk recover feeling tu dan balik ke dunia asal. Haha..

So, here are among the best series that I have watched. 5 bintang untuk series berikut:


1) Full House (2004)
















Full House ni, walaupun keluar tahun 2004 tapi masa masuk UTP tahun 2006 baru layan, atas suggestion roomate masa foundation dulu. Ini la korean series pertama yang aku tengok betul-betul, sebab dulu dok sekolah asrama, tak dapat tengok tv. Hehehe.. ada kawan aku ni siap burn cerita ni dalam CD, so aku pinjam dan layan la cerita nih. Pergh, dalam 2 hari je, dah habis tengok sampai habis 16 episod kalau tak silap. Lepas tu pulak, aku siap beli lagi CD se'bundle' untuk burn cerita nih untuk simpanan peribadi. Hahaha.. al maklum la foundation, tak kenal lagi ape itu 'external hard disk'. Innocent habis.


2) My Girl (2005)


Kesinambungan dari Full House tadi tu, aku terus tercari-cari ada lagi tak series korea yang best. Pastu kawan aku suggest series 'My Girl'. Series ni memang la teramat kelakar dan cerita dia lebih best dari Full House. Hero dia pun lagi hensem. Gatal betul. Aku dapat cerita ni masa study week. Hari isnin depan nak exam, hari jumaat stay up, bukan stay up chemistry atau physics, tapi stay up cerita ni sampai habis. Masya-Allah.. apa la nak jadik. Tapi memang benda dah jadik pun. Kesannya nampak pada exam result aku. Padan muka. Cerita ni aku tak burn dalam CD, sebab rasa macam membazir pulak. Huhu.



3) Goong / Princess Hours (2006)



Cerita pasal anak raja kawen dengan orang kebiasaan, atas perjanjian keluarga. Quite a sweet romantic love story, tapi kemenyampahan aku pada watak lelaki poyo sebelah kanan sekali tu tak pernah padam sampai hari ni. Hehehe.. Heroin dia Yoon Eun Hye sangat la cute miut. Kelakar bila teringat dia pernah ada skandal dengan Kim Jong Kook (Family Outing). Psstt.. kalau tak pernah tengok Family Outing, pergi download cepat.



4) Coffee Prince (2007)



Coffee Prince, best la cerita ni. Dah tak ingat tengok bila. Tapi Yoon Eun Hye jugak, dia jadi tomboy. Kereta mamat hero tuh, Mini Cooper sangat semmart! Kelakar sebab lelaki tu rasa macam dia gay sebab suka kat lelaki yang sebenarnya tomboy je pun.



5) Witch Yoo Hee (2007)


  
Ouh.. mamat yang aku menyampah tu ada lagi dalam cerita ni, dan role dia pun lebih kurang macam dalam Goong. Kesian dia kan, asyik dapat watak macam tu. Huhu. Tapi dalam cerita ni, aku suka tengok macam mana perempuan tu di'transform' oleh hero tu dari witch jadi perempuan ayu. Dan jugak makanan yang diorang masak, sebab lelaki ni chef. Dan ada Johnny Cruger yg amat hemsem. Heheh.



6) Dal-Ja's Spring (2007)



  
Ini cerita paling scary pernah aku tengok, bukannya apa, tapi sebab ini kisah perempuan andartu berumur 33 tahun yang still tak bertemu jodoh. Haha.. scary kan? Jalan cerita biasa je, tapi sangat kelakar.



7) One Mom and Three Dads (2008)



Ini pun scary, tapi kurang sikit dari tadi. Sebab suami dia mati masa dia mengandung, setelah lama tak dapat anak. Kenapa 'three dads'? Sebabnya, sebelum suami dia tu mati, diorang ada masalah nak dapatkan anak. Pastu suami dia mintak tolong tiga orang kawan baik dia dermakan sperm sebab taknak kecewakan wife dia. Kalau orang Islam jangan buat la. Hehehe. So bila dia mati, dah tak sure pulak mana satu bapak budak tu. This story is hillarious from the start until the end, tapi part-part yang sedih tu boleh nangis la. Anak dia comel yang sangat3!



8) My Lovely Sam Soon / My Name is Kim Sam Soon (2005)




Pasal perempuan yang agak berisi, seorang pembuat kek. Sedapnya kek! Dan dia end up bercinta dengan tokey restoran yang kaya dan hemsem. Cerita ni sangat la fantasi, dan ini la satu-satunya cerita yang menampilkan heroin yang tak cantik. But the whole story is just awesome!



9) The Man Who Can't Get Married (2006)

 

Kisah yang sangat lain dari yang lain. Pasal lelaki yang terlalu perfectionist dan agak pelik sikit, eh pelik banyak la sebenarnye. Cara hidup dia yang terlalu perfect menjadikan dia susah nak bertemu jodoh, dan agak tak logik untuk dia kawen dengan seseorang. Tapi last-last jodohnya dengan seorang doktor. Kesian jugak la perempuan tu dapat lelaki macam ni. Huhu. This is a must-watch drama for me. Thank you DC++ yang dah kene ban kat UTP.



10) Boys Over Flower (2009) 


Wahh.. sape yang tak tau series ni, disebut di mana-mana. Unless orang tu tak bother pasal cerita korea la. Tak tau la kenapa cerita ni macam satu fenomena jugak. Mungkin sebab ini adaptasi 'Meteor Garden' yang meletup-letup suatu masa dulu. Kalau versi Jepun, nama dia 'Hana Yori Dango', tapi kurang best sikit la bagi aku. Kelebihan Meteor Garden versi Korea ni, sudah tentunya hero 4 orang yang gorjes tu. Hehehe. Tapi cerita ni memang complete fantasy. Tak mungkin berlaku di mana-mana.  Ye la, asal pun dari komik kan. Overall, best ditonton bila rasa macam nak berangan bercinta dengan Lee Min Ho. Haha



11) You Are Beautiful (2009)  


Hurm.. series ni keluar masa aku intern. Internet kat site office sangat la laju, so aku mempergunakan peluang tersebut untuk mendownload habis-habisan. Hahaha. Teruk betul perangai, don't try this at home ok, sebab internet rumah korang tak laju macam ni. Erk, hehehe.. Ok, sebenarnye agak tak logik cerita ni, macam mana la orang boleh tak sedar yang perempuan tu menyamar jadik lelaki. Tapi keseluruhan cerita, kalau diabaikan aspek-aspek yang tak logik tu, boleh tahan la menarik la jugak. Cerita ni dihabiskan jugak sebab.. hehe.. hero dia best. Jang Geun Suk ni campak la mana-mana pun memang akan jadikan cerita tu best. A very good actor, and everybody will be amazed by his handsomeness.



12) Beethoven Virus (2008)


Oleh sebab dah taksub sangat dengan Jang Geun Suk, aku pun terus mencari series yang dia ada berlakon. Dan terjumpa la dengan 'Beethoven Virus'. Tak disangka, memang tak rugi aku jumpa series ni. The story was very brilliant, not a typical korean series at all. Main focus of the story is not about love, but about an orchestra team. Banyak kisah-kisah hidup yang sangat menarik ditonjolkan dalam cerita ni, dan banyak jugak dia kasi knowledge pasal orchestra. Sekarang aku dah tau ape tu oboe, contra bass dan maestro. Hehehe. A very must watch drama series.


8 comments:

  1. jangan rampas Jang Geun Suk saye! :P

    ReplyDelete
  2. erm.. well.. kitorang dah kawen malam tadi ok.. dlm mimpi. heheh.

    ReplyDelete
  3. oh zaidah tenkiu sebab recognize aku cmtuh. haha

    ReplyDelete
  4. yayaya mne snow queen, hong gil dong, chuno, iris?
    hehehe

    ReplyDelete
  5. shima, ko wat revision ke nk wat review cite2 nih? lol~
    pasni wat pasal cte hindustan plak ek~~

    ReplyDelete
  6. asper kun: iris baru 3 ep, mls nak sambung. erm snow queen busan. 2 lagi tuh best ke? kikiki
    miss1008: heheh. kalo zaman kuch2 hota hai dlu maybe boley la kot. tp skarang.. erm..erm.. ;P

    ReplyDelete
  7. sume ko list sume aku ske...
    cume ade yg xsmpt tgk lg...nant kasi supply kt aku series2 yg ak xde lg tu ek???
    hehehe
    lee min ho hemsem!!!
    jang geun suk cute!!!
    sape lg ek....hhuhuhu
    yg penting citer di ats sume best!!~

    ReplyDelete